MASALAH LAPTOP NO BOOTABLE DEVICE / TAK BOLEH MASUK WINDOWS | REPAIR LAPTOP UTP

Selamat Sejahtera ☺☺☺

Baru 2 hari lepas kita bincang tentang Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown.

Stress kan?

Tak sangka ramai rupanya hadapi masalah laptop ter-off sendiri cuma tak ramai yang ambil peduli. 

Jangan begitu yaa 😢

Ingat, Servis itu penting dan perlu setiap 6 bulan atau 1 tahun sekali. 

Sayangilah laptop anda dan pegang kata-kata saya yaa,


" Tak rugi untuk kita keluarkan wang yang sedikit
untuk sesuatu yang kita nak gunakan lama
daripada harus keluarkan wang yang banyak
untuk sesuatu yang belum pasti boleh tahan lama "


Jadi, kali ini saya nak bincangkan pula tentang satu Masalah Laptop No Bootable Device / Tak Boleh Masuk Windows yang sering juga berlaku dikalangan pengguna laptop. 


Image result for laptop no bootable device



NO BOOTABLE DEVICE

No Bootable Device adalah satu pesanan/mesej atau notis yang muncul apabila operating system tak dapat dibaca oleh storage device laptop. 


Image result for laptop no bootable device

(kemungkinan disebabkan oleh hard disk yang bermasalah/rosak)

Antara punca berlakunya masalah laptop no bootable device / tak boleh masuk windows:

1. Sistem Data Corrupt 
2. Virus
3. Error Setting BIOS
4. Hard Disk/SSD yang tak ter-baca (unreadable storage)



LAPTOP TAK BOLEH MASUK WINDOWS

Terdapat pelbagai sebab/punca/faktor yang menyebabkan anda tak boleh masuk ke windows:

1. Terdapat fail secara tidak sengaja terpadam dalam Sistem Operasi Windows
2. Kemungkinan Virus, Spyware atau Trojan telah masuk ke laptop
3. Masalah driver yang menyebabkan hard disk tak boleh membaca data.
4. Windows bermasalah/corrupt
5. Setting BIOS tidak tepat



Ada beberapa cara untuk kenalpasti/menyelesaikan masalah tersebut;

1. Safe Mode

👉🏽 On / hidupkan laptop ➡ Tekan F5

Pilih Safe Mode, apabila laptop berjaya masuk ke      Windows akan ada loading yang tidak dapat dibaca oleh Windows dengan betul. 

Stop loading dengan menggunakan "MSconfig" (Start -> Run -> Msconfig)

Image result for laptop cannot enter window



2. Format / Repairing Windows

👉🏽 Masukkan CD installation windows kemudian ubah BIOS untuk Start-up via CD atau DVD-ROM. 

👉🏽 Selepas installation akan terus ke bahagian Install Windows dan pilih option Repairing Windows.

**anda boleh Install Windows ke Folder baru atau Format hard disk sekiranya proses Repairing Windows gagal
       
Image result for repairing windows




3. BIOS Default

👉🏽 Pastikan anda tidak mengubah apa-apa setting pada BIOS sebelum ini. 

👉🏽 Sekiranya anda pernah setting atau menukar dengan tidak sengaja, anda perlu setting semula ke BIOS yang asal. 

(Pilih Default BIOS Default)


Image result for bios default




4. Safe Mode , Uninstall Driver VGA

Kerosakkan driver VGA juga boleh menjadi punca kepada Masalah Laptop No Bootable Device / Tak Boleh Masuk Windows.

👉🏽 Lakukan Safe Mode uninstall Driver VGA kemudian install semula Driver VGA secara normal ketika masuk ke Windows.

⭐⭐ Sekiranya 4 cara tersebut masih gagal, besar kemungkinan ada perkakasan / part yang rosak. 

(kebiasaannya untuk masalah laptop no bootable device / tak boleh masuk windows adalah berpunca dari hard disk)




HARD DISK PUNCA MASALAH LAPTOP NO BOOTABLE DEVICE?

Image result for hard disk laptop rosak

Hard disk merupakan tempat penyimpanan data / storage data dalam sesebuah laptop.

Cuba anda bayangkan semua data-data penting dalam laptop tiba-tiba hilang hanya disebabkan hard disk yang sudah rosak sehingga berlakunya masalah laptop no bootable device / tak boleh masuk windows?

Ohhhhh tidakkkkkk!!!


Antara tanda-tanda kerosakkan hard disk yang anda perlu tahu:


  • Missing Folder
  • Laptop Freeze
  • Corrupted Data
  • Bad Sector
  • Kedengaran Bunyi Bising 

#1- Detection



Detection atau pengesanan dimana partition hard disk anda kadang-kadang dapat detect, kadang-kadang tidak. 


- Internal hard disk not found 
- No bootable device
- No device detacted
- Boot device not found
- Primary hard drive not found
- SMART failure predicted on hard disk


**Besar kemungkinan Hard Disk anda bermasalah

**Digalakkan backup data-data anda sebelum hard disk rosak sepenuhnya

Default Boot Device Missing or Boot Faild


No Boot Device Found



#2- Windows lambat

Pernah tak sakit hati bila tunggu windows nak startup pun sejam tak masuk-masuk.

Dah lah banyak kerja / tugasan nak buat, laptop pulakkkk slow macam siput.


Bila buka words pun tunggu 10 minit baru loading.


^^Jika perkara ini berterusan besar kemungkinan hard disk anda bermasalah/rosak

Windows slow sangat


#3- Blue Screen


Blue screen ni terjadi dalam macam-macam situasi, Antaranya:


1.  On terus keluar blue skrin
2. Dah start, window dah keluar tiba-tiba blue skrin
3. Kadang-kadang tengah guna computer buat kerja, blue skrin

Macam mana blue screen?

Contoh blue screen pertama


Contoh blue screen kedua


Contoh blue screen ketiga



CARA MENGATASI MASALAH LAPTOP NO BOOTABLE DEVICE / TAK BOLEH MASUK WINDOWS


Apa nak buat bila jadi masalah macam ni?

Terdapat pelbagai juga cara untuk atasi masalah tersebut.

Tapi sebelum tu, adakah hard disk laptop masih okay?

Macam mana nak check / kenal pasti sama ada ianya masih ter-baca atau tak?


1. Periksa pada bahagian System Information BIOS


Image result for hard disk System Information BIOS


2. Test sambungkan hard disk tersebut ke laptop / desktop yang lain 

Note:

**jangan lupa keluarkan hard disk dari laptop kalau tak macam mana nak test yaa dak? hehe.

**sebaiknya minta bantuan yang lebih pakar supaya tidak berlaku kerosakkan yang lainnya

**untuk cucuk / sambungkan ke laptop atau desktop anda memerlukan enclosure (casing hard disk)

---->>>Dah test sambungkan ke laptop / desktop lain tetapi masih tak boleh dibaca, kemungkinan besar hard disk tersebut ada Bad Sector. 

^^Bila dah jadi macam ini, solution terbaik adalah tukar hard disk atau bertindak ke Solid State Drive (SSD)



APA ITU SSD?

Image result for ssd laptop

👉🏿 SSD atau Solid State Drive merupakan satu komponen sebagai penyokong iMac / Laptop / Macbook / Desktop

👉🏿 Ia menyediakan ruang untuk menyimpan data (output) dari proses komputer dan manusia sama seperti Hard Disk Drive (HDD).


ADA PERUBAHAN KE UPGRADE SSD?

Related image


Terdapat banyak perubahan performance apabila upgrade HDD kepada SSD seperti ;




  1. Boot untuk masuk ke Windows lebih pantas dengan hanya beberapa saat
  2. Masa yang diambil untuk SSD buka atau transfer fail/dokumen/software lebih baik dan laju
  3. SSD format drive lebih cepat

Kelebihan ;

  • Lebih tahan lama untuk menyimpan suatu data
  • Lebih tahan lasak 
  • Penggunaan SSD menjimatkan bateri 
  • Tiada bunyi bising terhasil
  • 10X Ganda lebih laju 
  • Saiz kecil dan ringan

SSD VS HDD ?

Image result for SSD VS HDD


SSD bermaksud Solid State Drive manakala HDD ialah Hard Disk Drive.

👉🏿 HDD telah diperkenalkan pada tahun 1956. 
👉🏿 HDD mengunakan medan magnet pada piring yang berputar. 

*Semakin laju piring berputar, semakin laju respon HDD tersebut

👉🏿 Manakala bagi SSD ianya menggunakan microchip untuk menyimpan data (menyerupai pendrive/usb drive)



3. Setup Boot Priority BIOS

Selain dari masalah hard disk tak boleh baca, ada juga kemungkinan salah setting Boot Priority BIOS.


Image result for Setup Boot Priority BIOS


Apa itu Boot Priority?

- Boot Priority adalah setup yang mengarahkan laptop untuk Boot Hardware secara berterusan.


Booting Hard Disk


  • Komputer Nyala → Memilih Harddisk → Loading Normal
Gambaran tersebut jika laptop berhasil loading system. Namun jika muncul No Bootable Device Found :
  • Komputer Nyala → Memilih Harddisk → Sistem Tidak Ditemukan → No Bootable Device Found
Setting Boot Priority
  1. Nyalakan laptop 
  2. Paparan BIOS, klik F1 – F12 – DEL (Berbeza-beza)
  3. Kemudian cari dan masuk ke Boot Priority
  4. Setup Boot Priority hard disk dengan sistem kepada asal





4. Re-install BIOS
Install Ulang Windows
 Re-install Windows. 
Re-install Windows adalah bertujuan untuk mengatasi masalah laptop no bootable device / tak boleh masuk windows berpunca dari hard disk yang corrupt atau masuk Virus.
**re-install, segala data yang ada akan hilang

Note: Backup segala data agar apabila perkara sebegini berlaku kelak
___________________________________________________________

LAPTOP ACER NO BOOTABLE DEVICE, TAK BOLEH MASUK WINDOWS !
Dua minggu lalu saya telah menerima sebuah Laptop Acer No Bootable Device Tak Boleh Masuk Windows
Image may contain: one or more people and phone
Kata pemilik laptop Acer, Laptop Acer No Bootable Device Tak Boleh Masuk Windows menyebabkan beliau terpaksa tangguh daripada buat assignment.
Image may contain: text
Bila technician diagnos/check problem, rupa-rupanya punca Laptop Acer No Bootable Device Tak Boleh Masuk Windows adalah hard disk yang sudah rosak.
Jadi, bagi menyelesaikan masalah pemilik laptop Acer, technician mencadangkan untuk tukar SSD yang baru beserta servis supaya laptop Acer dapat digunakan dengan baik dalam jangka masa lebih lama.
Image may contain: 1 person
Dengan memberitahu kelebihan dan keistimewaan SSD, pemilik laptop Acer terus nak upgrade SSD 480GB.
No photo description available.
Lepas selesai servis dan installation SSD 480GB, masalah Laptop Acer No Bootable Device Tak Boleh Masuk Windows tidak berlaku lagi.
___________________________________________________


Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?



Bagi yang berada di kawasan Seri Iskandar / Batu Gajah / Manjung / Seri Manjung / Lumut / Parit / Ipoh / UTP / UITM Seri Iskandar


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger


Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Seri Iskandar/Batu Gajah.

ALAMAT OKCS SERI ISKANDAR

OK Computer Solution Seri Iskandar

No. 491,
Atas PRSN SIBC 20,
Seri Iskandar Business Center,
Seri Iskandar,
32610 Seri Iskandar,
Negeri Perak.

Kedai kami di Seri Iskandar Perak

Kami membaiki segala kerosakan laptop/komputer Windows dan Apple.

====================================

OK Computer Solution Seri Iskandar terletak berhampiran Billion Mall, atas kedai jeruk madu pak ali. 

4 minit dari UTP, 2 minit dari UiTM

======================================

Waktu Operasi : 10am-8pm setiap hari (jumaat cuti


Call / Whatsapp : 010-3035363  (Solehin)



MASALAH LAPTOP OFF SENDIRI / AUTO SHUTDOWN | REPAIR LAPTOP GOMBAK

Selamat Sejahtera 😉

Semakin rajin pula saya nak tulis artikel ni sebab sokongan anda semua!

Last artikel kita bincang pasal Masalah Macbook Question Mark

Tak menyangka yaa rupa-rupanya ramai pengguna Macbook yang hadapi Masalah Macbook Question Mark tapi kurang tahu apa itu Question Mark!

_______________________________________________

Jadi, kali ini saya nak bincangkan pula bersama anda Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown


Image result for laptop auto shutdown

Masalah yang ada berlaku ketika sedang gunakan laptop tetapi tidak dihiraukan oleh pengguna sama sekali. 

Sebab ada diantara mereka yang beranggapan Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown bukanlah masalah yang serius pun. 

Jangan begitu!

Setiap apa yang berlaku pada laptop kita mesti ada punca dan sebabnya. 


Image result for laptop auto shutdown

Contoh : Bateri cepat drain, mungkin saja cycle count sudah melebihi atau bateri yang tak boleh di-caj mungkin saja bateri sudah rosak. 

Okay tak apa, jum kita mula perbincangan kita yaa!

(eh eh dah macam nak bincang projek berjuta-juta pula hihi)



LAPTOP OFF SENDIRI / 
AUTO SHUTDOWN

Laptop Off Sendiri / Auto Shutdown: 
Semasa anda sedang gunakan laptop sama ada untuk buat tugasan kerja / assignment / tengok movie atau youtube dan lain-lainnya, tiba-tiba je laptop terpadam sendiri. 

Masa tu pula, kita jadi panik sebab yelah hujan tak apa tak tiba-tiba laptop boleh off sendiri. 


Image result for laptop overheating gif

(perasaan takut pun ada, tengok movie waktu malam dekat bilik sorang-sorang. Seram!)


PUNCA LAPTOP OFF SENDIRI / 
AUTO SHUTDOWN


Antara kemungkinan punca masalah:

1. Laptop panas (overheating)
2. Masalah sistem operasi
3. Motherboard
4. Bateri
5. Hard Disk rosak


Laptop panas (overheating)

Laptop yang tidak pernah servis (cuci habuk dan tukar thermal paste) akan menyebabkan laptop jadi panas yang melampau. 


Image result for laptop overheating gif


Kenapa?

Sebab habuk sudah terkumpul dengan banyak sehingga menghalang pengaliran udara keluar dan masuk. 


Image result for laptop habuk


Thermal Paste telah kering menyebabkan laptop menjadi panas dan tak dapat nak kawal suhu laptop dengan baik.


Image result for thermal paste kering



Masalah Operating System

Siapa sangka, kadang-kadang Operating System laptop itu juga memainkan peranan. 

(terutamanya bila jarang update)

Solution nya anda boleh saja format atau repair semula operating system laptop.


Motherboard

Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto shutdown juga berpunca daripada motherboard. 


Image result for motherboard laptop rosak

(kebiasaannya juga memang masalah dari motherboard)

Mungkin juga motherboard boleh bermasalah oleh kerana laptop sudah terlalu panas tak servis sehingga memberi kesan pada komponen yang lain.


Bateri


Image result for bateri laptop rosak

Bateri laptop anda mungkin bermasalah atau sudah hampir kong dan boleh menyebabkan apabila tengah guna laptop tiba-tiba ter-off sendiri.


Hard Disk rosak

Hard Disk yang bermasalah atau rosak boleh jadi jugak punca kepada berlakunya Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown. 



(jarang lah berlaku)

Selalunya Hard Disk yang rosak akan mengeluarkan bunyi pelik. 

(Getaran yang kuat pun boleh jadi punca dari hard disk)



SERVIS LAPTOP PENTING !


Kenapa servis laptop dikatakan penting?

Ramai juga antara pengguna laptop yang tidak tahu pun apa itu servis. 


Okay tak apa, saya bagitahu anda secara details. 




Image result for laptop motherboard overheating




AKIBAT KALAU DAH LAMA TAK SERVIS:



👎🏽 Habuk tersumbat
👎🏽 Aliran udara terhalang
👎🏽 Motherboard heat up (graphic card & processor boleh rosak)
👎🏽 Laptop no display 
👎🏽 Laptop tak boleh on


Nampak macam remeh kan?

Tapi sedar atau tak benda macam ini lah yang bakal merosakkan laptop dengan mudah. 



Perasan tak?

Kebanyakkan masalah berpunca daripada heatsink yang terganggu akibat habuk yang melekat sehingga menyebabkan CPU panas melampau.

*Graphic Chipset pun sensitif terhadap panas

⚠ Panas adalah musuh utama komponen elektronik 

Thermal Paste juga perlu dijaga pada bahagian processor & GPU

*Kalau thermal paste sudah kering atau keras, laptop akan mudah panas yang luar biasanya

__________________________________________________


LAPTOP 5 TAHUN TAK SERVIS, KERAP AUTO SHUTDOWN 

Baru-baru ni, saya telah menerima sebuah Laptop Acer 4738ZG yang bermasalah oleh seorang customer yang selesa digelar Cik Syikin dari Gombak.

Katanya, laptop Acer 4738ZG kerap Auto Shutdown sehingga rasa terganggu bila laptop selalu Auto Shutdown terutamanya masa tengah buat kerja.

" Dah buang masa nak kena ON / hidupkan laptop semula "

Yaa, bila kita tengah fokus buat kerja tiba-tiba laptop Off sendiri, siapa je yang tak stress kan?

Kalau saya pun sama, kut tengah taip panjang-panjang ni tiba-tiba ter-off sendiri? Bengang jugak ni! 😂

Ada banyak punca tau bila Laptop Auto shutdown (seperti yang kita bincangkan dekat atas tu)

Pemilik laptop Acer 4738ZG luah pada team saya katanya laptop kerap Auto Shutdown.

Pernah juga masa tengah guna, rasa lain macam panas dekat laptop. (jadi seram pulak kut nanti meletop macam mana ohhh tidakkkkk)

Cik Syikin ada bagitahu juga, selama 5 tahun guna laptop tak pernah pun jadi macam ni (pertama kali laa Laptop Auto Shutdown)




Technician tanya pada Cik Syikin sama ada pernah servis laptop atau tidak tapi beliau kata tak pernah selama 5 tahun guna.





Laptop panas. Terjadinya laptop panas kerana kipas tak dapat nak berfungsi dengan normal.




*kipas tak berfungsi dengan normal untuk mengalirkan hawa dingin kerana habuk tebal pada kipas. (kipas jadi berat)





Disamping itu, thermal paste sudah kering bertujuan untuk mengurangkan panas yang dihasilkan oleh processor. (laptop pun jadi panas)




Bagi membantu masalah Cik Syikin, technician mencadangkan untuk servis Laptop Acer 4738ZG setelah itu technician test laptop berulang kali dan terbukti Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown tak berlaku lagi. 







Betul tak? kan dah cakap servis tu penting termasuklah MacBook, Desktop dan iMac.

____________________________________________________________

Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Gombak / Selayang / Batu Caves / Taman Melawati / Rawang 


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger


Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Setapak/Selayang.


🚘 LOKASI :

Kampung Bendahara
berdekatan dengan Stadium Selayang (MPS)
Lot 22 Jalan Bendahara 8b,
Kampung Bendahara batu 9,
Jalan Sungai Tua 68100 batu caves
Selangor.

  • 5 minit dari Stadium Selayang (MPS)
  • 6 minit dari Hospital Selayang
  • 5 minit dari batu caves

🔎 GPS Coordinate: -N 3.166965 E 101.606069

🗺 Untuk peta lokasi boleh rujuk 


=========================================

 WAKTU OPERASI 
 ISNIN - JUMAAT : 10AM - 9PM

 SABTU : 10PM - 6PM

 AHAD : TUTUP

=========================================

📞 Tel Office – 013-3323995
(10am-9pm)