OKCS - APA NAK BUAT SELEPAS MEMBELI BATERI LAPTOP YANG BARU

APA NAK BUAT BILA BELI BATERI LAPTOP BARU?

Artikel kali ini OKCS atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution nak berkongsi bersama anda tentang bateri laptop



Sebenarnya apa yang perlu kita buat ya selepas membeli bateri laptop yang baru? Adakah boleh terus guna atau bagaimana supaya bateri laptop lebih tahan lama. 

bila beli barang baru ni dia punya excited nak mencuba tu lain macam weyyy. tak ada nak tunggu cas kasi penuh dulu lah sembang je tu 

sampai je rumah terus try bateri baru laptop, elok atau tidak? baru nak guna bateri okay lagi 70%-90% teruskan guna

tapi kalau bateri tiba-tiba dah 20%, jangan bimbang! off (shutdown) laptop kemudian cas kasi penuh

nak tahu sama ada bateri laptop yang baru kita beli itu elok/bagus atau tidak ke kita kena tipu dengan seller? 

JANGAN MUDAH TERTIPU YA! DAH BANYAK CARA UNTUK MANUSIA YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB AMBIL KESEMPATAN PADA BUYER NI JADI TOLONG JANGAN AMBIL REMEH

Anda mesti pernah dengarkan sebelum guna perlu cas dahulu bateri laptop lebih kurang 8 jam atau ada mana-mana seller memberitahu hal tersebut pada anda?

Ada yang mempercayainya dan ada juga yang tidak. Ia terpulang pada anda, JANGAN BERHENTI DAN TERUS MEMBACA!




Bateri laptop sebagai alat bantuan kuasa untuk menghidupkan/ON laptop dimana sahaja anda berada tanpa memerlukan power adapter charger. 

Apa lah erti sebuah laptop apabila bateri rosak/tidak boleh digunakan lagi sehingga memerlukan bantuan power adapter untuk ON laptop. 

Terutamanya ketika menyiapkan tugasan di kafe akan menyebabkan kesukaran mencari tempat yang mempunyai plug untuk menyambungkan power adapter agar laptop dapat dihidupkan. 

Jadi apabila masalah seperti ini berlaku, terpaksa lah membeli bateri laptop yang baru agar dapat digunakan pada bila masa sahaja terutamanya dalam keadaan kecemasan perlu menghantar assignment. 

Akan tetapi, pernah tak anda terfikir bagaimana bateri laptop boleh rosak sedangkan baru sahaja dua tahun penggunaan laptop dan bagaimana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku pada anda tidak pada orang lain. 

Ini kerana bateri laptop juga memerlukan penjagaan yang betul agar dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.


APA NAK BUAT SELEPAS MEMBELI BATERI LAPTOP YANG BARU?



Setiap kali membeli laptop baru atau bateri laptop yang baru, pastikan cas terlebih dahulu sekurangnya 8 jam sebagai penggunaan bateri untuk pertama kalinya. 

Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda TIDAK 0% ketika pertama kali anda ingin menggunakannya

Kemudian, TANPA ON laptop, cas bateri tersebut sehingga penuh. 

*Elakkan dari terlebih cas atau over charging kerana ia akan menyebabkan laptop anda panas sehingga boleh effect pada bateri laptop

Ingat, jangan sesekali ‘on’ laptop pada masa ini!

Selepas bateri sudah cas penuh, cabut adapter charger dari laptop dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis dalam 20%

*Jangan biarkan bateri 0% baru nak cas. make sure 20% dah boleh terus shutdown dan cas sehingga penuh.

(bukan apa, pernah terjadi pada customer kami di OK Computer Solution guna laptop sampai 0% (laptop mati sendiri) bila nak cas dan on laptop terus tak ada respon. rupanya laptop problem dah tak boleh nak on!)


NAMPAK MACAM MUDAH, KAN? TETAPI TIDAK RAMAI YANG ADA MASA UNTUK LAKUKANNYA. Biasa lah, sudah dapat barang baru lupa apa yang perlu dan patut. 


HAPUSKAN TABIAT ANDA INI DAN BERHENTI DARI MELAKUKANNYA LAGI 




1. Elakkan dari cas laptop sehingga overcharging kerana boleh mengurangkan kualiti bateri sehingga boleh merosakkan part lain laptop.




2. Tutup suis segera atau terus cabut charger apabila indicator dah menunjukkan fullycharged.

3. Ketika laptop sedang bersambung dengan power adapter, jangan cabut bateri laptop secara mengejut atau tiba-tiba tanpa mematikan suis.

*Jangan cabut bateri atau cabut charger sesuka hati! ketika laptop dah shutdown baru boleh cabut. 
(dalam keadaan shutdown yaa.. bukan sleep mode/hibernate)

4. Jangan guna laptop atas permukaan fabrik seperti tilam, selimut, bantal dan sebagainya kerana ia akan menghalang air flow laptop sehingga menyebabkan laptop overheating.

5. Elakkan dari cas bateri terlalu kerap kerana ia dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

6. Elakkan dari persekitaran suhu yang panas kerana laptop atau bateri laptop sangat sensitif.




Jadi sebagai pengguna yang bijak anda haruslah menitikberatkan tentang keadaan bateri laptop supaya ia mampu bertahan dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama. 

Jika menggunakan power adapter atau charger adalah lebih baik bateri dicabutkan (bagi yang boleh / external battery) dan apabila menggunakan bateri laptop adalah lebih baik untuk mencabut power adapter atau charger. 

Tambahan pula, ketika ingin mengecas laptop atau bateri laptop ianya lebih baik laptop dimatikan atau di OFF kan.

Bateri laptop rosak? 

Leceh gunakan laptop tanpa bateri? 

Tak mahu hanya bergantung pada charger/pengecas laptop?

Sukar menggunakan laptop tanpa bateri ketika di tempat awam?


Kami di OK Computer Solution OKCS sedia membantu anda! Kami juga ada account shopee! 

Shopee account : https://shopee.com.my/okcspj

________________________________________________________________________________________________________



https://www.okcomputersolution.net/2020/09/okcs-cara-mengenalpasti-model-bateri.html

Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.

Lokasi OKCS Damansara Perdana:



  • 5 minit dari Empire Damansara
  • 7 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 20 minit dari Kepong
  • 25 minit dari Sungai Buloh
  • 35 minit dari Subang