OKCS - APA NAK BUAT SELEPAS MEMBELI BATERI LAPTOP YANG BARU

APA NAK BUAT BILA BELI BATERI LAPTOP BARU?

Artikel kali ini OKCS atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution nak berkongsi bersama anda tentang bateri laptop. 



Sebenarnya apa yang perlu kita buat ya selepas membeli bateri laptop yang baru? Adakah boleh terus guna atau bagaimana supaya bateri laptop lebih tahan lama. 

PERNAH? Anda dengar sebelum guna perlu cas dahulu bateri laptop lebih kurang 8 jam atau ada mana-mana seller memberitahu hal tersebut pada anda?

Ada yang mempercayainya dan ada juga yang tidak. Ia terpulang pada anda, JANGAN BERHENTI DAN TERUS MEMBACA!




Bateri laptop sebagai alat bantuan kuasa untuk menghidupkan/ON laptop dimana sahaja anda berada tanpa memerlukan power adapter charger. 

Apa lah erti sebuah laptop apabila bateri rosak/tidak boleh digunakan lagi sehingga memerlukan bantuan power adapter untuk ON laptop. 

Terutamanya ketika menyiapkan tugasan di kafe akan menyebabkan kesukaran mencari tempat yang mempunyai plug untuk menyambungkan power adapter agar laptop dapat dihidupkan. 

Jadi apabila masalah seperti ini berlaku, terpaksa lah membeli bateri laptop yang baru agar dapat digunakan pada bila masa sahaja terutamanya dalam keadaan kecemasan perlu menghantar assignment. 

Akan tetapi, pernah tak anda terfikir bagaimana bateri laptop boleh rosak sedangkan baru sahaja dua tahun penggunaan laptop dan bagaimana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku pada anda tidak pada orang lain. Ini kerana bateri laptop juga memerlukan penjagaan yang betul agar dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.



APA NAK BUAT SELEPAS MEMBELI BATERI LAPTOP YANG BARU?



Setiap kali membeli laptop baru atau bateri laptop yang baru, pastikan cas terlebih dahulu sekurangnya 8 jam sebagai penggunaan bateri untuk pertama kalinya. 

Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya ketika pertama kali anda menggunakannya.

Kemudian, TANPA ON laptop, cas bateri tersebut selama atau lebih kurang lapan 8 jam. Jika ‘indicator’ di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. 

Ingat, jangan sesekali ‘on’ laptop pada masa ini!

Selepas  8 jam, cabut adapter charger dari laptop dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. 

Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.

Selepas selesai lakukan perkara diatas ini, anda boleh mengecas bateri laptop seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh.


NAMPAK MACAM MUDAH, KAN? TETAPI TIDAK RAMAI YANG ADA MASA UNTUK LAKUKANNYA. Biasa lah, sudah dapat barang baru lupa apa yang perlu dan patut. 


HAPUSKAN TABIAT ANDA INI DAN BERHENTI DARI MELAKUKANNYA LAGI 




1. Elakkan dari cas laptop sehingga overcharging kerana boleh mengurangkan kualiti bateri sehingga boleh merosakkan part lain laptop.




2. Tutup suis segera atau terus cabut charger apabila indicator dah menunjukkan fullycharged.

3. Ketika laptop sedang bersambung dengan power adapter, jangan cabut bateri laptop secara mengejut atau tiba-tiba tanpa mematikan suis.

4. Jangan guna laptop atas permukaan fabrik seperti tilam, selimut, bantal dan sebagainya kerana ia akan menghalang air flow laptop sehingga menyebabkan laptop overheating.

5. Elakkan dari cas bateri terlalu kerap kerana ia dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

6. Elakkan dari persekitaran suhu yang panas kerana laptop atau bateri laptop sangat sensitif.




Jadi sebagai pengguna yang bijak anda haruslah menitikberatkan tentang keadaan bateri laptop supaya ia mampu bertahan dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama. 

Jika menggunakan power adapter atau charger adalah lebih baik bateri dicabutkan (bagi yang boleh / external battery) dan apabila menggunakan bateri laptop adalah lebih baik untuk mencabut power adapter atau charger. 

Tambahan pula, ketika ingin mengecas laptop atau bateri laptop ianya lebih baik laptop dimatikan atau di OFF kan.

Bateri laptop rosak? 

Leceh gunakan laptop tanpa bateri? 

Tak mahu hanya bergantung pada charger/pengecas laptop?

Sukar menggunakan laptop tanpa bateri ketika di tempat awam?


Kami di OK Computer Solution OKCS sedia membantu anda! Kami juga ada account shopee! 

Shopee account : https://shopee.com.my/okcspj

________________________________________________________________________________________________________



Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.

Lokasi OKCS Damansara Perdana:



  • 5 minit dari Empire Damansara
  • 7 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 20 minit dari Kepong
  • 25 minit dari Sungai Buloh
  • 35 minit dari Subang