Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK

Selamat sejahtera pengguna Macbook !

Artikel ini membincangkan tentang Wi-Fi tak detect Macbook Pro dan bagaimana kami di kedai repair Macbook bantu menyelesaikan masalah anda.

Rata-rata pengguna Macbook Pro turut menghadapi masalah Wi-Fi tak detect atau tiada connection. 

Tambahan pula, ada yang juga mengadu ketika ingin menggunakan Macbook untuk urusan penting tiba-tiba Lost Connection sehingga mereka terpaksa hold urusan tersebut buat sementara.

Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 1
Wi-Fi No hardware installed

Disamping itu, model Macbook Pro '13 memang sangat terkenal dan sering berlaku masalah seperti ini terutamanya apabila seseorang itu tidak pernah service cleaning.

Selain itu, masalah Wi-Fi tak detect Macbook Pro juga boleh berlaku berpunca daripada water damage sehingga terjadinya short circuit, Macbook overheating dan sebagainya.

Masalah Wi-Fi tak detect Macbook Pro ini kebiasaannya berlaku kerana WIFI AirPort Card dan Cable Ribbon Wi-Fi Macbook bermasalah atau sudah rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi serta perlu ditukar dengan segera.


Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 2
Wi-Fi AirPort Card Macbook Pro


Baiklah, kali ini kami akan berkongsi dengan anda mengenai salah satu #JobOfTheDay kami mengenai menukar wifi card pada Macbook Pro.

 

APAKAH SITUASI YANG DI ALAMI?

Sebelum ini, Encik Saufi Yusuff yang merupakan salah seorang dari pelanggan kami di kedai repair Macbook telah mengalami masalah tidak boleh melayari internet oleh kerana Macbook Pro beliau tidak mahu / tidak dapat connect dengan wi-fi yang ada. 

Disebabkan masalah tersebut, ia amat menyukarkan Encik Saufi untuk membuat kerja-kerja beliau yang memang memerlukan internet bagi mencari info-info yang dikehendaki ketika itu. 

Jadi, Encik Saufi terpaksa menggunakan telefon bimbit untuk melakukan segala kerja yang ada supaya ianya dapat di selesaikan dengan segera. 

Keadaan itu agak sukar bagi Encik Saufi untuk menggunakan telefon bimbit kerana faktor umurnya yang sudah meningkat. 

Jadi, pada keesokkan harinya, Encik Saufi menceritakan kepada rakannya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh Macbook Pro miliknya itu. 

Lalu, rakannya terus mencadangkan pada Encik Saufi untuk segera membawa Macbook Pro beliau ke kedai repair Macbook atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution yang tidak jauh dari tempat tinggalnya bagi membantu menyelesaikan masalah Wi-Fi tak detect Macbook Pro.



APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN?


Setelah mendengar cadangan dari rakannya itu, tanpa membuang masa lagi Encik Saufi bersetuju untuk ke kedai repair Macbook bagi meminta bantuan menyelesaikan masalah Wi-Fi tak detect Macbook Pro.

Semasa Encik Saufi tiba di kedai repair Macbook, beliau terus meluahkan masalah yang sedang dihadapi oleh Macbook Pro miliknya itu bersama perasaan yang sangat sedih dan kecewa kerana tidak dapat menggunakan Macbook Pro untuk tujuan mencari info-info tugasan kerjanya sehingga terpaksa menggunakan telefon bimbit. 

Oleh itu, dengan segeranya juruteknik (technician) kami di kedai repair Macbook terus memeriksa masalah yang dihadapi oleh Macbook Pro Encik Saufi dan didapati bahawa Wi-Fi AirPort Card Macbook tersebut sudah tidak berfungsi dengan baik. 

Justeru itu, juruteknik telah mencadangkan pada beliau agar Wi-Fi AirPort Card tersebut perlu segera ditukar dengan yang baharu supaya masalah Wi-Fi tak detect Macbook Pro dapat diselesaikan. 

Jadi, tanpa berfikir panjang Encik Saufi bersetuju dengan cadangan juruteknik kami di kedai repair Macbook untuk menukar Wi-Fi AirPort Card dengan yang baharu agar beliau dapat menggunakan Macbook Pro miliknya itu seperti biasanya.


LANGKAHNYA?


Langkah-langkah yang dilakukan oleh juruteknik ;

1. Buka cover pada bahagian belakang.

Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 3


2. Kemudian, buka skru-skru yang ada pada bahagian bateri dan keluarkan bateri supaya tiada berlaku sebarang kerosakan atau kejadian yang tidak di ingini pada bahagian motherboard.


Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 4


3. Setelah bateri dikeluarkan, buka skru pada bahagian yang menyambungkan skrin kerana semua wi-fi card macbook pro terletak pada bahagian bawah skrin.


Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 5

4. Setelah keluarkan skrin, buka bahagian bawah dengan berhati-hati dan anda akan nampak wifi card di situ. 

Gambar di bawah merupakan gambar wifi card yang dikeluarkan ; 

Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 6

Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 7
(wifi card baru dan wifi card lama)


5. Setelah pasang wifi card yang baru, pasang semula skrin, skru-skru serta bateri yang telah di buka tadi. Pasang dengan teliti serta berhati-hati supaya tiada yang tertinggal untuk dipasang dan tiada kerosakan yang berlaku. 

Kemudian, hidupkan atau erti kata lain 'turn on' Macbook anda dan periksa pada bahagian wi-fi samada nama wifi yang ingin disambungkan telah tertera atau tidak. Lalu, sambungkan pada wifi yang anda inginkan. 


Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 8


HASIL KERJA KAMI 

Wifi telah berjaya disambungkan pada Macbook Pro dan sudah boleh melayari internet seperti biasanya.


Wi-Fi TAK DETECT MACBOOK PRO | KEDAI REPAIR MACBOOK 9



Setelah semua proses berjaya dilakukan, pihak kami di kedai repair Macbook terus menghubungi Encik Saufi dengan memberitahu mengenai Macbook Pro pada awalnya Wi-Fi tak detect kini sudah tidak mempunyai sebarang masalah lagi untuk melayari internet lalu meminta Encik Saufi mengambil Macbook Pro tersebut. 

Selepas beberapa jam pada hari yang sama, Encik Saufi telah datang ke kedai repair Macbook dan pihak juruteknik telah menerangkan proses serta langkah yang dilakukan terhadap Macbook Pro miliknya itu. 

Encik Saufi sangat gembira dan berpuas hati kerana selepas ini beliau boleh melayari internet seperti biasa dengan melakukan kerja-kerja atau tugasan harian tanpa sebarang masalah serta gangguan dari connection Wi-Fi. 


APA KATA PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN KAMI







PELANGGAN YANG TURUT BERPUAS HATI 


[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 10

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 11

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 12

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 13

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 14

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 15

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 16

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 17

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 18

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 19



KENAPA ANDA PERLU REPAIR DENGAN KAMI 
"OK COMPUTER SOLUTION"

SIAPA OK COMPUTER SOLUTION??

Merupakan syarikat yang membekal dan membaiki yang telah berdaftar dengan IPO disamping telah menggembirakan ramai pengguna laptop dan macbook sejak tahun 2008 sehingga kini.

MENGAPA PILIH OK COMPUTER SOLUTION??