REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TIADA DISPLAY KERANA PROCESSOR BERMASALAH

Pelanggan kami datang ke OKCS Damansara Perdana kerana komputernya bermasalah. Apabila dihidupkan, semua berfungsi secara normal seperti kipas berpusing, lampu LED menyala tetapi tiada paparan pada monitor. Beliau berasa sangat cemas kerana komputer tersebut hanyalah pinjaman dari rakannya untuk bermain permainan video dirumah selama beberapa minggu.

Skrin tidak mengeluarkan sebarang paparan.


Masalah ini kemungkinan berlaku disebabkan oleh RAM, Display Card, Processor dan lain-lain bermasalah. Technician kami melakukan diagnose pada komputer tersebut untuk mengetahui masalah sebenar. Setelah mengikut carta alir diagnose yang ditetapkan oleh OKCS, Processor komputer beliau didapati sebagai punca yang menyebabkan komputer tersebut tidak berfungsi. Kerosakan processor biasanya terjadi kerana Overclocking, Overheating, Electrical Power Surge dan mungkin juga usianya yang telah begitu lama digunakan tanpa diselenggara. Jika tindakan tidak diambil, komputer tersebut memang tidak boleh digunakan kerana processor ibarat OTAK bagi komputer. Beliau juga takut dimarahi kawannya jika komputer ini dipulangkan dalam keadaan begini. Silap haribulan, talian persahabatan yang telah terjalin sekian lama pun boleh putus. Tenang.. OKCS sedia membantu.

Kipas,LED dan lain-lain berfungsi.

Apa yang OKCS lakukan hanyalah dengan menukar Processor sahaja. Hantar sahaja ke cawangan kami. Perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari bergantung atas stok barang gantian yang diperlukan. Harganya pula perlu dilihat apa spesifikasi yang mahu digunakan. Boleh hubungi kami untuk mengetahui harga terlebih dahulu.

Processor baru yang akan dipasang.


Pelanggan kami sangat bersyukur kerana beliau tak perlu bergaduh dengan kawannya dan boleh pulangkan semula komputer ini seperti mana yang dipinjam tempoh hari. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dari OKCS yang mesra pelanggan dan sedia membantu apa jua masalah pelanggan. Pihak OKCS menasihati beliau agar tidak bermain permainan video terlalu lama tanpa pengudaraan yang baik didalam komputer. Pastikan heatsink, suhu dipantau secara berkala. 

Komputer berjaya dihidupkan.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni

📲 Customer Careline OKCS (HQ)

📲Saya akan utamakan anda yang whatsapp direct saya

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

REPAIR PC DESKTOP : MONITOR TIADA DISPLAY KERANA DISPLAY CARD ROSAK


OKCS Damansara Perdana telah menerima komputer dari seorang pelanggan untuk dibaiki kerana monitornya tidak mengeluarkan apa-apa paparan. Beliau kecewa kerana tidak dapat memuat turun filem dari internet (hobinya) hampir sebulan gara-gara masalah ini. Monitor merupakan satu komponen paling utama. Tanpa monitor, komputer tiada fungsinya bagi pengguna. Gambar dibawah menunjukkan tiada paparan pada skrin monitor. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perkara seperti ini berlaku, antaranya kabel power, VGA/HDMI kabel, RAM atau Display Card.

Tiada paparan pada monitor.


Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh technician kami di OK Computer Solution terhadap komputer ini, didapati berlakunya kerosakan pada Display Card. Jika tidak diambil sebarang tindakan, tiada apa yang korang masih boleh gunakan pada komputer tersebut. Apa kerja yang boleh dilakukan tanpa sebarang paparan pada komputer tersebut? Jika anda masih mencuba menghidupkannya berulang kali setiap hari dengan harapan komputer itu kembali kepada sediakala, peluang kerosakan lebih besar untuk berlaku contohnya kerosakan motherboard, power supply atau lain-lain. Hmmm.. Janganlah dibiarkan meleret sebegitu rupa.


Display Card yang rosak.

Penyelesaian bagi kerosakan ini ialah tukarkan sahaja display card lama dengan yang baru. Jika anda mempunyai masalah yang sama datanglah ke OK Computer Solution. Bagi kami periksa terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil bergantung atas kerosakan yang dihadapi. Anggaran bagi penukaran display card ni mengambil jumlah minimum RM 1XX. Ianya boleh disiapkan oleh kami dalam tempoh 2-3 hari. Tempoh penukaran juga bergantung kepada stok sparepart yang kami ada.


Display Card yang baru.

Hasil penukaran Display Card yang dilakukan oleh technician kami, komputer ini dapat berfungsi dengan baik seperti sediakala semula. Pemilik komputer ni sangat gembira kerana dapat meneruskan hobinya seperti biasa kembali kerana komputernya berjaya dibaikpulih. Beliau juga terkejut, kerana ada sesetengah kedai mengatakan motherboard yang perlu ditukar. Jangan risau, kami disini work to learn, not to earn. 😊😊😊 

Monitor telah mengeluarkan paparan setelah siap dibaiki.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni

📲 Customer Careline OKCS (HQ)

📲Saya akan utamakan anda yang whatsapp direct saya

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

REPAIR PC DESKTOP : KEROSAKAN PC YANG BERPUNCA DARI RANDOM ACCESS MEMORY (RAM)


OKCS menerima sebuah komputer dari seorang pelanggan yang berasal dari Perak. Komputernya mempunyai masalah tiada paparan dan berbunyi beep. Beliau sangat gelisah kerana dokumen pentingnya disimpan didalam komputer tersebut. Lebih-lebih lagi mesyuarat tahunan syarikatnya yang akan diadakan tidak lama lagi memerlukan dokumen tersebut. 

Komputer gagal menghasilkan apa apa paparan walau telah dicuba beberapa kali.

Technician kami melakukan pemeriksaan terhadap komputernya. Didapati masalah berpunca dari RAM. Technician kami cuba melakukan servis pada RAM tersebut. Namun masih tidak berfungsi. RAM tersebut perlu ditukar. Jika tidak ditukar, komputer akan tetap tidak menghasilkan apa paparan dan sentiasa mengeluarkan bunyi beep. Tentu beliau dimarahi bosnya jika dokumen tersebut tidak dapat diserahkan.

RAM asal yang tak boleh digunakan.

Technician kami menggantikan RAM lama dengan yang baru. Tempoh untuk menukar RAM mengambil tempoh 1-2 hari bergantung kepada stok barang gantian tersebut. Harga ditawarkan serendah RM80 mengikut jenisnya.

RAM baru yang akan dipasang.

Pelanggan kami terlampau gembira kerana beliau kini boleh mendapatkan dokumen yang diperlukan dalam mesyuarat nanti. Komputernya sekarang dapat berfungsi semula dan lebih cekap kerana kapasiti RAM yang digunakan lebih besar.

Komputer yang telah siap dibaiki dan diujilari sebelum dipulangkan ke pemiliknya.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni

📲 Customer Careline OKCS (HQ)

📲Saya akan utamakan anda yang whatsapp direct saya

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,


REPAIR PC DESKTOP : JAM DI KOMPUTER SELALU TAK BETUL? KEMUNGKINAN KUASA BATERI CMOS ANDA DAH HABIS!

Pelanggan kami mengadu komputernya bermasalah. Setiap kali komputer dihidupkan, sistem jam selalu perlu diperbetul. Sebenarnya, dia tidak kisah mengenai jam tersebut. Jam dinding, jam tangan serta jam telefon sudah cukup baginya. Yang menjadikan masalah lebih merumitkan, beliau tidak dapat membuat apa-apa carian di browser selagi jam tidak diperbetulkan. Beliau sangat stress kerana perlu membaiki jam komputernya setiap hari.



Technician kami memeriksa komputernya dan mendapati bateri CMOS telahpun kehabisan kuasanya. Jika tidak ditukar, ianya juga boleh mendatangkan kesan kepada motherboard dan lain-lagi dalam jangka masa yang panjang. Jika anda tahu berapa kos untuk tukar motherboard dan lain-lain, confirm tertelan air liur dibuatnya. Cegah lebih baik dari merawat.

Bateri CMOS yang lama.

Beliau bersetuju untuk menukar bateri CMOS tersebut kepada yang baru. Pemasangannya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Harganya boleh dirujuk di mana-mana cawangan OKCS.
Bateri CMOS yang baru. Kan berkilat tu.

Akhirnya, beliau sangat gembira kerana setiap kali masuk kerja dah tak perlu betulkan jam lagi dah. Hidupkan komputer dan terus buka youtube. opss 😂, maksud kami kerja. Tak apa. Tak semestinya kena mengadap kerja sahaja selama berada dipejabat kan? Kadang-kadang kena la tenangkan minda sekejap, baru la tak stress. Tapi ingat, kerja perlu disiapkan tau.

Tiada masalah dah nak guna internet.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni

📲 Customer Careline OKCS (HQ)

📲Saya akan utamakan anda yang whatsapp direct saya

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

DVD TAK BOLEH BACA | COMPUTER REPAIR PETALING JAYA

DVD TAK BOLEH BACA DISELESAIKAN OLEH COMPUTER REPAIR PETALING JAYA


Kami menerima masalah pelanggan dimana komputernya bermasalah DVD tak boleh baca. Beliau sangat tertekan kerana kerja-kerja dipejabatnya banyak menggunakan CD / DVD sebagai media storan (storage media).

DVD tak boleh baca

Setelah diperiksa oleh technician kami, didapati DVD player berkenaan sudah tidak berfungsi dengan baik. Antara sebab DVD tak boleh baca berkemungkinan disebabkan oleh hayatnya yang telah lama digunakan atau cara penggunaanya yang agak kasar. Kereta pun kalau dibiarkan lama tak diservis, besar kemungkinan akan rosak. Jika DVD player dibiarkan tidak berfungsi, agak sukar bagi beliau nak buat kerja-kerja pejabat. Makin stress dari hari ke hari.

DVD Player lama yang telah rosak.

Pelanggan pun bersetuju untuk menukar DVD player komputernya kepada yang baru. Tempoh tukar tak ambil masa yang lama pun. Kami boleh siapkan dalam tempoh 1-3 hari bergantung kepada stok barang gantian (spare part) yang kami ada.. Kosnya pula bergantung atas spesifikasi, jenis atau jenama yang diperlukan untuk selesaikan masalah DVD tak boleh baca.

DVD Player baru yang akan digunakan.

Sekarang, beliau sangat lega kerana kerja-kerja pejabatnya tidak akan terganggu lagi oleh masalah DVD tak boleh baca seperti ini. Komputernya juga dah boleh detect CD / DVD yang dimasukkan serta lebih cekap berbanding dahulu. Beliau sangat berpuas hati dengan servis yang telah kami berikan.


Tak tahu dimana tempat Computer Repair Petaling Jaya?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang


Penulis,
Zaim Halib

PC TAK BOLEH CONNECT INTERNET | OKCS DAMANSARA

SEBAB PC TAK BOLEH CONNECT INTERNET DAN PENYELESAIAN DARI OKCS DAMANSARA


Seorang pelanggan kami datang ke OKCS Damansara kerana beliau geram tidak boleh melihat Sukan Sea #KL2017 yang sedang berlangsung di sekitar negara kita hari ini. Katanya PC tak boleh connect internet . Pelbagai perkara telah dilakukan seperti cabut, pasang balik kabel, disable, enable balik adapter namun tetap tak berjaya. Dah banyak acara sukan yang terlepas. Rumah pula tiada televisyen.

PC tak boleh connect internet setelah dicuba berkali-kali.


Technician kami di OKCS Damansara dengan segera melakukan free checking. Rupa-rupanya port kabel internet (RJ-45 port) PC tersebut dah rosak. Patutlah PC tak boleh connect internet . Kalau dibiarkan, boleh terlepas semua sukan yang sedang berlangsung. Lepak mamak pun bola sepak je yang ada. Kalau nak ke tempat acara sukan tu diadakan, jauh juga perjalanannya. Dah sampai stadium pun tiket habis dijual, buat letih beratur sahaja.

Port RJ45 yang didapati rosak.


Technician kami di OKCS Damansara mencadangkan komputernya dipasang NIC iaitu Network Interface Card agar masalah PC tak boleh connect internet selesai. Mungkin ada sesetengah yang tak kenal NIC ni apa. Boleh tengok gambar dibawah. Tempoh kami ambil untuk repair masalah ini tidaklah lama. 1-3 hari bergantung kepada stok yang kami ada. Kalau stok ada tak sampai 15 minit pun kami buat. Kosnya boleh rujuk di kedai kami terlebih dahulu. Nyatakan butir maklumat komputer anda seperti jenama, model dan lain-lain.

NIC baru yang akan dipasang di motherboard.


Beliau sangat gembira kerana selepas ini dapatlah tengok Sukan Sea secara online di komputer kembali. Lebih-lebih lagi, beliau kini boleh menyambungkan komputernya ke internet dengan dua pilihan samada menggunakan kabel ataupun secara wireless (Wi-Fi) dan tiada lagi masalah PC tak boleh connect internet

Komputer berjaya disambungkan ke internet.



Bagaimana ingin berurusan dengan OKCS?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang


Penulis,
Zaim Halib

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TAK DETECT HARD DISK KERANA KABEL ROSAK

OKCS dihubungi oleh seorang pelanggan melalui aplikasi WhatsApp. Komputernya tak detect hard disk. Beliau sangat runsing akan gambar-gambarnya semenjak kecil yang disimpan dalam hard disk tersebut akan hilang. Hard disk tersebut lah satu-satunya yang menyimpan semua gambar miliknya. Memang hampa kalau hard disk tersebut benar-benar rosak.

Pihak kami memintanya untuk dapatkan pemeriksaan secara percuma di kedai kami. Setelah diperiksa. Hard disk tersebut masih dalam keadaan baik setelah disambungkan ke komputer lain. Tetapi, apakah yang menjadi penyebab hard disk tersebut tidak boleh dibaca oleh komputer miliknya?
Perkara yang perlu diperiksa ialah power supply. Ini kerana power supply yang mengagihkan kuasa elektrik ke hard disk untuk berfungsi. Selain itu, ianya juga boleh berpunca dari slot di motherboard, kabel dan lain-lain. Bagi masalah yang dihadapi oleh beliau, hanya kabel SATA sahaja yang rosak. Komputer memang tak dapat detect hard disk langsung kalau kabel SATA tersebut tidak ditukar.

Kabel SATA yang rosak.

Technician kami menukar kabel SATA yang digunakan komputer tersebut kepada yang baru. Ianya mengambil masa yang sangat singkat bergantung kepada stok yang ada. Kosnya pula boleh dirujuk di mana-mana cawangan OKCS.

Kabel SATA yang baru.

Akhirnya, beliau sangat gembira kerana berjaya mendapatkan semula semua gambar-gambar yang disangka hilang buat selamanya. Hard disk beliau sudah dapat digunakan seperti sediakala semula. Hanya disebabkan satu komponen kecil sahaja sudah mendatangkan masalah kepada komputer. Nasihat kami, sentiasalah servis komputer anda. Anda hanya perlu sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk servis komputer anda secara berkala.

Komputer berjaya dihidupkan selepas kabel SATA diganti baru.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni

📲 Customer Careline OKCS (HQ)

📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

APPLE iMAC SELALU AUTOSHUTDOWN | OKCS

APPLE IMAC : BERMASALAH AUTOSHUTDOWN SEBAB TAK SERVIS BERKALA

OKCS Damansara Perdana dikunjungi oleh seorang pelanggan. Beliau mempunyai Apple iMac yang sudah lama digunakan. Namun begitu, iMac beliau tidak dapat berfungsi seperti biasa. Beliau sangat kecewa kerana iMac tersebut adalah hasil pemberian ibunya sempena kecemerlangan yang diperolehi pada SPM yang lepas. iMac itu jugalah yang digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah di universitinya.
Lepas dah lama hidup terus shutdown.

Technician kami melakukan pemeriksaan kesuluruhan dan mendapati terlalu banyak habuk didalam iMac tersebut. Jika dibiarkan, komponen - komponen boleh rosak dibuatnya. Contohnya, kipas. Dalam kehidupan sebenar kita, kipas digunakan untuk menyejukkan kita tatkala suhu dunia yang semakin meningkat ni. Tiada kipas? Mandi peluh la jawabnya. Kalau ada kipas pun, tapi dipenuhi habuk. Agak-agak sejuk ke? Lepas cuci kipas panas lagi ke?? Sama la seperti komputer. Kipas berhabuk macam mana dia nak sejuk.
Tebalkan habuk tu?

Technician kami pun melakukan servis secara berhati-hati. Servis nak buang habuk ni jangan cuba-cuba cuci macam sapu sawang pulak. Kena perlahan-lahan dan hati-hati kerana komponen-komponen didalam komputer amatlah sensitif. Kipas juga ditukar kepada yang baru. Tempoh servis + penukaran kipas ambil masa yang singkat sahaja. Tapi dengan lambakan pelanggan, kami perlulah menyelesaikan masalah-masalah mereka yang datang awal terlebih dahulu.


Nasib baik datang servis, kalau dibiarkan lagi teruk nanti.

Pemasangan semula setelah diuji dan dapat berfungi seperti baru.

Akhirnya, pelanggan kami sangat gembira kerana komputer pemberian emaknya masih boleh dihidupkan. Hadiah orang tersayang bagi, siapa la yang tak sayang kan? Beliau juga lega kerana selepas ini senanglah nak buat tugasan yang pensyarah bagi. Katanya segan nak pinjam laptop kawan lama-lama. Rosak nanti, bertambahlah masalah. Terima kasih, kerana mempercayai servis dari OKCS.


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang



Penulis,

APPLE IMAC : MEMAPARKAN TANDA SOAL (QUESTION MARK) PADA SKRIN


Apple iMac dihantar ke OKCS Damansara Perdana oleh seorang pelanggan yang bekerja sebagai Graphic Designer. Antara butir-butir masalahnya, selepas komputer dihidupkan, skrin hanya memaparkan tanda soal (question mark) seperti ini "?". Pelanggan kami sangat gelabah kerana data-data penting pelanggannya disimpan dalam komputer tersebut.


Question Mark dipaparkan pada skrin.

Pihak OKCS menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap iMac tersebut. Technician kami memberi cadangan supaya Hard Disk nya ditukar. Walaupun masih boleh digunakan, masalah ini akan berulang kembali jika dibiarkan begitu sahaja. 

iMac dibuka untuk tujuan baikpulih.


Technician kami menukarkan Hard Disk Drive iMac tersebut kepada Solid State Drive. 
"Rujuk (Perbezaan Hard Disk Drive (HDD) vs Solid State Drive (SSD)". Kosnya adalah sekitar RM400. Boleh disiapkan dalam tempoh 1-3 hari sahaja.

Pemasangan semula iMac


Pelanggan kami sangatlah seronok kerana beliau dapat kembali data-data pelanggannya. Technician kami memindahkan semua data-data nya ke dalam SSD baru tersebut. Kini, iMac kepunyaannya berfungsi semula dengan performance yang lebih mantap.

iMac diuji oleh technician.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

INI PENGUMUMAN PENTING




Cup of coffee on saucer



OK COMPUTER SOLUTION GOMBAK TIDAK LAGI BERSAMA OK COMPUTER SOLUTION






Ok Computer Solution Gombak(OKCS Gombak) adalah cawangan yang kedua bagi OK COMPUTER SOLUTION secara umumnya sejak tahun 2012, akan tetapi kini sudah bertukar nama kepada MACNOTE STUDIO.

Ramai pelanggan OK Computer Solution agak keliru dengan penukaran nama ini.

Okay baiklah, kami akan ceritakan kepada anda semua apa yang berlaku kepada OKCS Gombak.

Pada mulanya OKCS Gombak diasas oleh seorang anak muda yang sangat berkarisma, beliau pada ketika itu adalah seorang pelajar dan juga seorang usahawan.

Dalam tempoh penglibatan beliau dalam bidang repairing laptop ini, membuahkan banyak hasil, sehinggakan OKCS Gombak dikenali ramai. Ini semua dalah hasil titik peluhnya sendiri.

Pengasas OKCS Gombak ini juga seorang yang pandang jauh ke hadapan, dalam masa yang sama beliau belajar selok belok perniagaan dalam bidang ini dan beliau sekarang telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu MACNOTE STUDIO, yang mana mengfokuskan kepada repairing Apple Device.

SECARA RASMINYA OKCS GOMBAK TELAH BERTUKAR KEPADA MACNOTE STUDIO DAN BUKAN LAGI DIBAWAH CAWANGAN OK COMPUTER SOLUTION.















PC TAK BOLEH ON | OKCS

PC TAK BOLEH ON SEBAB POWER SUPPLY TERBAKAR


Komputer milik pelanggan kami tak boleh on. Pelanggan kami berasa sangat gelisah kerana tarikh tamat Projek Tahun Akhir IPT nya semakin dekat dan beliau masih belum dapat menyiapkannya. Tambahan pula, komputernya mengalami masalah tak boleh on.


PC tak boleh on setelah dicuba beberapa kali.



PSU iaitu Power Supply Unit pada komputernya didapati rosak. Kerosakan seperti ini adalah sangat serius kerana jika tidak dibaiki komputer memang PC tak boleh on.


Pelanggan bernasib baik kerana komponen lain tidak terjejas.
Power Supply lama dikeluarkan untuk diagnose terlebih dahulu.


Pelanggan kami mengambil keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada technician kami untuk membaikpulih komputernya. Technician kami menukar PSU lama kepada yang baru. Ini kerana PSU lama memang tidak boleh berfungsi setelah diperiksa. Penukaran PSU hanya akan mengambil masa yang singkat sahaja bergantung kepada stok barang gantian tersebut. 

Pelanggan ambil keputusan untuk tukar dengan yang baru.

Power Supply Unit baru dipasang dan sedia untuk diuji.

Pelanggan kami sangatlah gembira selepas ini kerana tiada masalah bagi beliau untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir nya yang tergendala setelah menerima komputernya semula dan mengetahui bahawa komputernya dapat berfungsi seperti sediakala. Komputernya dulu bermasalah tak boleh on, kini sudah boleh dihidupkan.


Komputer berjaya dihidupkan dan pelanggan bersedia membawanya pulang.


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang


Penulis,
Zaim Halib