REPAIR APPLE iMAC : BUNYI SPEAKER PECAH KERANA SPEAKER ROSAK

iMac pelanggan kami bermasalah pada speakernya. Speaker iMac beliau menghasilkan bunyi yang tidak sedap didengari. Iaitu bunyi pecah. Bunyi pecah tersebut terhasil pada beberapa minggu yang lalu. Kerana stress dengan bunyi yang dihasilkan, beliau mahukan OK Computer Solution Petaling Jaya membaiki iMac miliknya.

Casing iMac dicabut keluar untuk diagnosis masalah.

Speaker iMac beliau telahpun rosak. Ianya masih boleh mengeluarkan bunyi namun tidak beberapa jelas kedengaran. Punca speaker ini rosak adalah kerana selalu memainkan musik/audio pada volume yang sangat tinggi. 

Bila diperiksa, kami dapati speaker lama tersebut sudah rosak.

Kos untuk menukarnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan kami. Tempoh penukarannya hanya mengambil masa 1-3 hari berg
antung kepada queue komputer yang kami perlu siapkan terlebih dahulu.

Speaker baru yang akan digunakan.

iMac tersebut sudah dapat memainkan apa-apa lagu tanpa mengeluarkan bunyi yang pecah dan jelas didengari. Pelanggan kami sangat gembira kerana selepas ini beliau tidak diganggu lagi oleh bunyi yang selalu menyakitkan gegendang telinganya selama ini.

Speaker boleh berfungsi dengan baik setelah ditukar.



BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni
https://goo.gl/rroAAw (Customer Service OKCS HQ)

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,