iOS 11 Apa itu HEIC
iOs 11 telah menggantikan gambar kepada JPEG kepada HEIC. Jadi apa itu HEIC, apa itu HEIF, dan apa kelebihan kepada pengguna iphone?
HEIF adalah sama maksud kepada HEVC (High Efficiency Video Compression) atau H.265 format video yang telah digunakan dalam keluaran iphone yang terbaru.
HEIC bukan keluaran sistem dari apple sebenarnya, tetapi dibangunkan dari kumpulan MPEG yang di mana bertanggungjawab untuk format AAC yang digunakan dalam iTunes.
Secara teknikal, fungsi HEIC tidak lah seperti MPEG. Sistemnya lebih kepada imej dan audio lagu. Apple telah menyimpan imej mengikut format video HVEC (H.265). Ini berfungsi dengan begitu baik untuk live photos, sebab banyak imej yang boleh disimpan dalam folder HEIC.
Jika anda pengguna iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 7 plus yang memiliki 2 kamera belakang, anda akan nampak perbezaan imej anda apabila transfer imej anda ke laptop Windows.
Apa Kelebihan HEIC daripada JPEG?
Sementara JPEG adalah standard format bagi imej yang telah kekal selama beberapa tahun ke belakang, kini tiba masanya sistem baru dikeluarkan. Menggantikan kepada sitem yang lebih baru iaitu HEIC yang akan membuatkan anda menyimpan lebih banyak imej anda pada iPhone atau iPad kerana format nya tidak terlalu membesar.
Ini adalah berita baik, kerana peningkatan kualiti imej dan video ( Video 4K kini menjadi standard) bermakna pengguna sentiasa perlu melihat banyak ruang yang ada pada memori mereka. Setelah Apple memilih format HEIF supaya tiada lagi sebarang masalah pada imej atau video.
Adakah anda masih boleh berkongsikan imej anda kepada bukan pengguna iPhone?
Jawapannya ya. Anda masih boleh berkongsikan imej anda kepada bukan pengguna iPhone. Akan tetapi imej itukan kembali kepada JPEG setelah perkongsian berjaya dilakukan. Mungkin solusi pada gambar akan kurang sedikit berbanding HEIC.
Masih boleh pindahkan imej anda ke Windows?
Masih boleh buat pindahan. Akan tetapi anda perlu tukar HEIC kepad JPEG. Jika anda tidak tukar. imej anda tidak dapat dikenalpasti oleh Windows kerana windows masih menggunakan JPEG.
Mungkin banyak pekerjaan perlu dilakukan sebelum ditukarkan HEIC kepada JPEG. Salah satunya anda perlu buka applikasi Photoshop dan save as JPEG ataupun anda boleh download applikasi iMazing HEIC Converter .
Selamat mencuba!