Anda Ada Masalah MacBook Pro Tak Boleh On? Dimana Tempat Repair MacBook Murah?
Pelanggan kami mengadu ada masalah MacBook Pro tak boleh on . Setelah beberapa kali beliau cuba untuk menghidupkannya ianya masih gagal dihidupkan. Beliau muram kerana MacBook Pro tersebut sangat bernilai baginya. Umum tahu bahawa harga MacBook Pro adalah mahal berbanding laptop jenama lain. Tapi rata-rata pengguna MacBook Pro sangat berpuas hati dengan prestasinya.
Dengan segera, pakar MacBook kami terus diagnose masalah MacBook Pro tak boleh on pelanggan tersebut. Rupa-rupanya, masalah tersebut berpunca dari motherboard rosak. Bila ditanya kembali kepada pelanggan, bila kali terakhir beliau servis MacBooknya. “Memang tak pernah servis sejak beli”. Dan ini juga jawapan yang seringkali diberi oleh pengguna-pengguna MacBook lain diluar sana.
Motherboard penuh habuk