spare part

RAM vs SSD

Upgrade RAM vs SSD, yang mana perlu upgrade?



Random Access Memory (RAM) dan juga Solid State Drive (SSD) selalu menjadi satu pilihan ramai untuk upgrade laptop. Namun begitu, yang mana berbaloi untuk anda upgrade?



RAM vs SSD, upgrade RAM ke?

Random Access Memory (RAM) adalah upgrade laptop yang anda boleh lakukan. Tapi, tiada sebarang kelebihan besar jika anda upgrade RAM. Sebabnya ialah ia tidak akan melajukan sebarang software pada laptop anda.

Upgrade RAM laptop juga tidak akan meningkatkan performance untuk bermain game. Upgrade RAM laptop hanya sesuai untuk mereka yang run banyak gila program dalam satu masa (multitasking). Ia juga sesuai untuk mereka yang nak gunakan Adobe Photoshop, editing video ataupun yang menggunakan software virtual machine seperti VMware, Oracle VirtualBox dan sebagainya. 

Kesemua software ini menggunakan banyak sangat RAM. Ini membuktikan virtual machine akan lebih laju jika kapasiti RAM laptop semakin besar. Upgrade RAM juga sesuai jika laptop anda masih menggunakan 512mb RAM. 

Tapi mana ada laptop moden sekarang yang menggunakan 512mb RAM. Selalunya, RAM 4GB dah cukup sangat untuk kebanyakan pengguna laptop.

Senang sahaja nak tahu kena upgrade RAM atau tak.

Cara untuk lihat samada RAM perlu upgrade atau tidak:
- Buka software yang anda selalu gunakan. Contohnya jika anda gunakan phtoshop dan dalam masa yang sama anda gunakan Google Chrome, buka kedua-duanya sekali. Jika anda jenis yang buka 10 aplikasi sekaligus, buka kesepuluh aplikasi sekali.

- Minimize software tersebut setelah dibuka

- Tekan serentak Ctrl + Alt + Del

- Lihat carta memory (jika ianya tidak sampai 80% belum sempai lagi masa anda untuk upgrade kerana ianya masih mencukupi)





RAM vs SSD, upgrade Solid State Drive?

Solid State Drive (SSD) adalah upgrade yang sangat berpatutan yang boleh anda buat. Apa yang berubah bila laptop upgrade ke SSD? Antara perubahan performance yang berubah bila anda upgrade SSD ialah:
- Boot lebih cepat (hanya beberapa saat sahaja untuk boot masuk ke Windows). Lebih cepat berbanding Hard Disk Drive (HDD)

-  Transfer fail atau dokumen dengan lebib cepat

- Format drive dengan lebih cepat

- Buka sesuatu software dengan lebih laju


Antara kelebihan lain bila pakai SSD:
- Lebih tahan lama untuk simpan data

- Tahan lasak berbanding HDD (laptop kalau terhentak memang risiko tinggi untuk HDD rosak)

- Tak menggunakan banyak power (jimat battery laptop)

- Senyap/Tiada bunyi bising terhasil berbanding HDD

- Saiz yang lebih kecil dan ringan








RAM vs SSD, yang mana patut anda upgrade?



Apa yang perlu anda upgrade bergantung kepada penggunaan anda. 

Bagi kami, kami lebih menyarankan sesiapa sahaja untuk upgrade laptop dari menggunakan storage HDD kepada SSD kerana itu lebih berbaloi. Lebih banyak perubahan ketara dirasai dan kelihatan.

Anda minat kelajuan, pindah fail laju dan segalanya laju dan bosan dengan laptop yang makin lama, makin slow? Upgrade kepada SSD. 

Jika anda pengguna photoshop, video editing atau virtual machine disarankan upgrade kedua-duanya sekali jika ada bajet lebih.