OKCS Repair iMac Kepong - Apple iMac A1311 Problem Mati Sendiri
Team runner OKCS kami dipanggil untuk pickup iMac di Kepong, Kuala Lumpur. Beliau ada iMac A1311 problem mati sendiri (autoshutdown) yang perlu kami repair. "iMac A1311 beliau akan autoshutdown sebaik sahaja lebih kurang setengah jam dihidupkan. Kadang-kadang dalam 5-15 minit pun dah mati sendiri. Nak buat kerja pun susah macamni kalau selalu autoshutdown je", katanya.
Semasa specialist iMac kami diagnose Apple iMac A1311 mati sendiri ini, beliau yakin iMac ini autoshutdown kerana sistem penyejukan didalam iMac dah huru-hara gara dipenuhi habuk. Lihat sahaja pada gambar dibawah, ianya menunjukkan penutup RAM dipenuhi oleh habuk yang sangat banyak. Sebagai penyelesaiannya, technician kami akan melakukan servis pada iMac A1311 ini selepas mendapat keizinan dari owner.
Servis melibatkan pembuangan habuk secara menyeluruh termasuklah kipas, permukaan motherboard, heatsink, belakang skrin dan juga dari dalam rangka iMac. Servis hanya mengambil masa yang sekejap sahaja dan ianya sangatlah berbaloi berbanding kos yang perlu dikeluarkan untuk repair iMac anda yang rosak gara-gara tak pernah servis langsung. Selepas servis, technician melakukan test run dan juga checklist menyeluruh bagi memastikan Apple iMac A1311 problem mati sendiri ini beroperasi secara stabil sepenuhnya.
Gembira betul owner iMac A1311 kerana selepas ini dah boleh buat kerja macam biasa. Apple iMac A1311 problem mati sendiri ini dah berjaya dibaikpulih. Cuma perlu diingatkan kepada semua pengguna komputer tidak kira iMac, MacBook, laptop, PC mahupun All in One, semuanya perlu diservis sepertimana kereta anda diservis. Kereta jika dipakai tanpa servis lambat laun rosaklah ia.