TIPS ASAS MENGELAK VIRUS MERASUK LAPTOP ANDA

     Hai semua bertemu lagi kita hari ini dengan topik hangat yang bakal saya kongsi dan kupaskan untuk anda semua. Semoga bermanfaat 😃


APAKAH ITU VIRUS ??



      Virus adalah salah satu perkara yang semua orang tak nak, sebab dengan hadirnya virus dalam laptop kita, dia boleh damage sistem, hilangkan file serta aplikasi dan yang lagi teruknya dia boleh buat laptop kita rosak. Ada yang sampai terpaksa format sebab tak boleh selamatkan langsung, Format Clean ye sebab dah tak boleh buat apa. haa kan dah sedeyhhh sebab data dalam tu semua dah corrupt sebab virus. jahat betul virus ni ye, itu sebab la kita jangan bagi langsung ruang atau peluang kepada virus ni masuk dalam laptop kita. Virus ni ada pelbagai jenis tau, Trojan, Malware, Worm, Adware, Spyware dan bermacam lagi. sini saya ajar anda semua macam mana nak elakkan laptop daripada dimasuki virus. so stay tuned....  

MENGAPA ? WHY ? HOW COME ?





Persoalannya disini, Benarkah laptop anda boleh dijangkiti virus hanya dengan "satu KLIK" ??

     Mengikut standard kefahaman orang ramai, virus ni boleh didapati atas faktor kecuaian mereka sendiri seperti "klik" pada link laman web yang tak trusted but actually virus ni pun ada s.o.p dia untuk masuk dalam laptop. virus ni akan ask for permission bila nak masuk dalam laptop anda. Sebagai contoh, anda nak download sesuatu software, anda akan klik download button yang ada kat situ kan. then after file tu dah ada dalam laptop anda, virus tu just stay je tak buat apa-apa untill korang dah start install, on that time baru dia membiak. sebab virus yang spesis macam ni aktif masa laptop kita ada connection internet sahaja. satu lagi, jangan ingat virus ni hanya ada di laman web untrusted je, yang trusted  pun kadang-kadang ada.

PUNCA LAPTOP DIJANGKITI VIRUS

1. E-MEL


virus Spyware atau Malware boleh didapati dengan hanya membuka email terutamanya email yang disertakan dengan attachment. secara umumnya virus ini tidak boleh menyerang hanya dengan dalam keadaan anda sekadar membaca email sahaja. dia akan menyerang dan masuk kedalam laptop anda melalui attachment yang disertakan.

Sebaik sahaja anda membuka email, virus ni semua akan aktif. Untuk keselamatan, pastikan penghantar email adalah dari orang yang anda kenal. Sekiranya pengirim adalah daripada orang yang anda tidak kenal sebaiknya terus delete.

Spam Email adalah cara yang biasa untuk menyebarkan virus, sebab email ni mungkin mengandungi attachment atau links. Jangan sesekali buka attachment atau link daripada email address yang tidak dikenali. Sekiranya anda perlu download apapun daripada email, pastikan email provider anda atau antivirus software dapat scan attachment untuk virus.

Jangan buat kesilapan dengan mempercayai sesuatu email hanya disebabkan pengirim itu adalah seseorang yang anda kenal. Kawan anda kemungkinan ada virus itu yang mana ianya tersebar daripada email tanpa disedari. Sebagai general rule, sekiranya anda mengesyaki sesuatu email tu  mempunyai virus, jangan sesekali buka atau klik pada link yang diberikan.


2. KLIK IKLAN

Sesetengh websites mempunyai Pop up yang sebenarnya mempunyai skrip HTML yang diaktifkan untuk pergi ke laman web lain setiap kali anda menekan tanda pangkah pada ads tersebut, perasan tak ? setiap kali ads yang Pop up bila nak close je kita akan masuk ke laman web lain. Benda ni boleh menyebabkan virus yang tak kita duga masuk dalam sistem laptop. Ini adalah cara yang majoritinya virus Malware ini akan mengangguu sistem kita. Malware boleh menyebabkan virus Trojan menganggu sistem dengan lebih serius. Tolong sedar dan tahu laman web apa yang sedang anda layari. Dan tolong pastikan alamat yang ada pada iklan tu sama macam apa yang ada pada cursor tu. 

Sekiranya anda rasa ragu-ragu bila ada Pop up macam ni, cara terbaik yang perlu anda lakukan  adalah tekan ALT + F4 atau tutup broswer within task manager. Cara ni dapat memastikan yang anda takkan dapat sebarang Pop up dan jangkitan virus. 

Lagi bagus kalau lepas close browser tu semua run Antivirus scan dengan Anti Malware 


3. INSTALL SOFTWARE YANG MENCURIGAKAN


Kadang-kadang tu bila bosan mesti anda ada nak buat sesuatu kan, macam main game ke atau nak download sesuatu software atas sebab nak buat kerja or whatever kan. haa kat sini saya nak bagitahu padan anda tolong berhati-hati , kalau nak download kena tahu dari mana, siapa yang publish benda tu, pastikan boleh dipercayai dan paling penting tengok dulu komen-komen tu semua apa kata mereka lepas dah download software tu. 

kalau selamat boleh la download, kalau tak selamat jangan berani-berani untuk mengambil risiko.


4. MELAYARI LAMAN WEB LUCAH



Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak Spyware dan juga Malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk masuk dan menyerang laptop anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada laptop anda .

Untuk keterangan lanjut sila KLIK disini !

5. TIDAK ALERT DENGAN PERKATAAN "UPDATE"

kenapa perlu update antivirus ?
setiap hari ada sahaja virus baru yang dicipta, untuk mengelakkan laptop kita dari dimasuki virus, antivirus kita kena kenal setiap virus yang ada. itu lah sebab kenapa antivirus perlu di update supaya dia kenal semua jenis viruus baru dan menghalang daripada masuuk dalam laptop.
wajib update setiap hari ke ?
Tengok pada jenis orang, ada yang suka update hari-hari tu bagus la. Tapi takdelah wajib hari-hari sekurang-kurangnya sebulan sekali pun sudah memadai asalkan sentiasa update dari masa ke masa.
kalau antivirus out-of-date, dah tak boleh guna ke ?
masih boleh guna tiada masalah, cumanya dia tak dapat kesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.
macam mana nak update antivirus ?
sekiranya laptop anda ada connection internet, dia akan update secara automatic. kalau nak tahu lebih lanjut tentang cara nak update antivirus, boleh google.
Semahal dan secanggih mana pun antivirs anda dia tetap kene update jangan abaikan dia. 

KESIMPULAN 

Mohon Alert dengan apa yang anda layari sekiranya anda sayang laptop anda. Virus ni ada dimana mana sahaja, semuanya ada dihujung jari. Windows defender tidak cukup untuk melindungi laptop anda, windows defender hanya dapat mengesan bukannya menghapus. banyakkan membaca tentang virus supaya laptop anda dilindungi. jumpa di lain cerita....

RUJUKAN

http://www.ukm.my/ptjzon3/?page_id=636
http://kertaspaper.com/punca-punca-komputer-dijangkiti-virus/
https://www.cnbc.com/2014/05/20/beware-of-malicious-ads-that-can-harm-computers-without-a-click.html