Kedai repair laptop Cheras bantu Backup Format & Service Laptop HP 14-AM066TU
Artikel ini membincangkan tentang bantu Backup Format & Service Laptop HP 14-AM066TU. Pada minggu lalu, seorang guru dari sekolah SMK SERI SAUJANA telah datang ke kedai repair laptop Cheras dengan membawa laptop HP yang bermasalah.
Ketika pelanggan itu datang ke kedai repair laptop Cheras, kami bertanya terlebih dahulu masalah apa yang dihadapi oleh laptopnya itu. Beliau meluahkan bahawa malam sebelum menghantar laptop kesini , air tertumpah keatas laptop tanpa disedari. Disebabkan risau akan laptopnya itu, beliau terus ke OK Computer Solution Kuala Lumpur untuk meminta bantu Backup Format & Service Laptop HP 14-AM066TU. Tambahan pula, beliau sangat memerlukan laptop tersebut sebagai seorang guru untuk menyiapkan tugasan penting di sekolah.
Sebelum technician kami meneruskan proses bantu Backup Format & Service Laptop HP 14-AM066TU, kami berbual sedikit tentang tindakan yang perlu dilakukan ketika air tumpah pada laptop. Tahukah anda, apabila air tumpah keatas laptop yang sedang dihidupkan ia dapat merosakkan komponen yang lain atau menjadi short circuit sehingga boleh menyebabkan motherboard rosak dan keyboard tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, ketika perkara seperti ini berlaku anda hendaklah segera mematikan laptop dan lap sehingga kering dikawasan laptop lalu membiarkan laptop 1-2 hari sehingga laptop betul-betul kering. Kami di kedai repair laptop Cheras turut boleh membantu sekiranya masalah seperti ini berlaku.
![]() |
Keadaan komponen dalam laptop HP |
![]() | ||
Keadaan Themal Paste yang sudah kering
|
![]() |
Keadaan laptop setelah selesai backup format |
Justeru itu, technician kami di kedai repair laptop Cheras terus bantu Backup Format & Service Laptop HP 14-AM066TU sehingga selesai. Pada mulanya, technician membuat service keatas laptop dengan membuang habuk serta menukar Thermal Paste. Kemudian, beliau memulakan proses backup format atas permintaan pelanggan yang mengatakan laptopnya sering slow/hang. Setelah selesai, technician kami membuat sedikit pengujian agar apabila pelanggan terima semula laptop tiada masalah dan laptop dalam keadaan baik. Atas permintaan pelanggan, technician kami hanya mengambil masa 1 hari untuk backup format dan service serta menghantar laptop kepada tuannya secara COD di Sri Endah Kuala Lumpur.
Apa yang terbaik bagi kami adalah kepuasan pelanggan terhadap layanan baik yang telah kami berikan sebaik mungkin.