[SOLVED] HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM | REPAIR LAPTOP AMPANG

Kedai repair laptop Ampang menyelesaikan masalah HP G4-2207TX 

Artikel ini membincangkan tentang HP G4-2207TX Graphic Problem. Pada bulan yang lalu, kedai repair laptop Ampang telah didatangi oleh seorang pelajar bersama laptop HP G4-2207TX miliknya. Beliau juga merupakan pelanggan yang pernah berurusan dengan kami di OK Computer Solution Kuala Lumpur sebelum ini. 

Semasa beliau tiba di kedai repair laptop Ampang, beliau telah meluahkan bahawa  laptop HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM dan menjadi Blue Screen selepas Install Graphic Driver pada laptop tersebut. Oleh sebab itu, beliau tidak dapat menggunakan laptop seperti biasa bagi menyiapkan tugasan penting dan terpaksa menghantar laptop untuk dibaikki selama beberapa hari. 


[SOLVED] HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM | REPAIR LAPTOP AMPANG 1
Blue Screen

Selepas mendengar luahan pelanggan itu, seperti biasa technician kami di kedai repair laptop Ampang terus membuat diagnose dan didapati bahawa terdapat masalah pada motherboard laptop selepas Install Graphic Driver yang tidak sesuai sehingga ia crash yang menyebabkan terjadinya blue screen. Di samping itu, sebelum melakukan proses pembaikkan motherboard, kami telah mendapatkan persetujuan pelanggan terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah HP G4-2207TX Graphic Problem ini. Tambahan pula selain masalah graphic, hinge laptop HP itu juga bermasalah dan beliau meminta kami untuk membaikkinya. Akan tetapi, sebelum ini beliau pernah menghantar ke kedai repair laptop yang lain untuk membaikki hinge tersebut sehingga ia disimen. Ia merupakan satu cabaran bagi kami kerana akan ada kesan buruk yang bakal berlaku. Tetapi atas persetujuan pelanggan, beliau bersetuju untuk membaikkinya walau apa pun kesan yang akan berlaku kelak. 

Tahukah anda apa itu Blue Screen dan bagaimana ia boleh berlaku? Blusescreen adalah suatu keadaan di mana sistem operasi mengesan kesalahan atau kerosakan pada sistem sehingga  sistem harus dihentikan secara paksa. Ketika sistem dihentikan secara paksa biasanya disertai dengan paparan skrin berwarna biru beserta beberapa maklumat berkaitan berupa teks warna putih, itulah kenapa disebut bluescreen. Penyebab terjadinya blue screen ada beberapa hal antaranya disebabkan oleh kesalahan konfigurasi BIOS, Ram tidak serasi, Driver Crash, System Corrupted dan kerosakan pada motherboard. Oleh itu, pastikan Graphic Driver yang dipasang serasi/sesuai dengan perkakasan pada motherboard sebelum install.
[SOLVED] HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM | REPAIR LAPTOP AMPANG 2
Keadaan laptop selepas dibaikki
[SOLVED] HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM | REPAIR LAPTOP AMPANG 3
Pengujian terhadap laptop selepas dibaikki
[SOLVED] HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM | REPAIR LAPTOP AMPANG 4
Pengujian terhadap keyboard laptop selepas dibaikki

Berbalik pada kisah HP G4-2207TX Graphic Problem, kini tiada lagi masalah blue screen yang perlu dirisaukan kerana technician kami di kedai repair laptop Ampang berjaya membantu menyelesaikan masalah tersebut. Bila laptop sudah tiada masalah dengan blue screen, nak buat kerja pun tiada masalah dan tidak perlu tangguh lagi. Pelanggan juga sangat berpuas hati kerana OK Computer Solution Kuala Lumpur berjaya membantu menyelesaikan masalah laptop itu sekali lagi. Apabila pelanggan gembira, kami juga turut gembira dengan perkhidmatan yang telah kami berikan.
[SOLVED] HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM | REPAIR LAPTOP AMPANG 5
Pelanggan OKCS KL yang sedang membuat pengujian terhadap laptopnya


-->>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah seperti HP G4-2207TX GRAPHIC PROBLEM?



-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?



-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP AMPANG?




Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-



03-9202 2947 / 017-641 7084 



Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)