Artikel ini membincangkan tentang okcs setapak yang membantu menukar SSD pada iMac Pro.
Baru-baru ini, seorang pelanggan telah membuat panggilan dan menyatakan bahawa beliau ingin menukar hard disk pada iMac beliau kepada SSD Samsung. Ini disebabkan kerana condition hard disk beliau sudah tidak seberapa bagus untuk digunakan. Hal ini demikian kerana beliau telah menggunakan iMac tersebut lebih 10 tahun. Beliau juga menyatakan bahawa, iMac beliau sangat lambat apabila diaktifkan.
Apabila mendengar luahan daripada pelanggan, technician OKCS Setapak segera membuat temu janji untuk menukar hard disk beliau iaitu pada hari berikutnya. technician OKCS Setapak segera ke tempat beliau pada hari berikutnya seperti yang telah dijanjikan bersama SSD Samsung 500GB yang diminta. Tanpa membuang masa, technician segera menjalankan tugasnya.
Berbalik pada kisah kami membantu untuk menukar SSD Samsung pada iMac tadi, pelanggan membuat permintaan untuk menukar SSD dengan segera. Hard disk lama beliau telah dapat ditukarkan dengan SSD Samsung yang baru. Kini tiada lagi masalah lambat untuk mengaktifkan iMac beliau. Pelanggan juga berasa amat gembira dan berpuas hati. Apabila pelanggan berasa gembira dan puas hati, kami di OKCS Setapak turut gembira kerana yang penting bagi kami adalah kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kami.
Artikel ini membincangkan tentang bantu servis laptop Dell PP05L. baru baru ini, seorang pelanggan telah datang ke kedai repair laptop OK Compter Solution Setapak dan membawa laptop beliau iaitu laptop Dell PP05L. Semasa beliau tiba, admin telah bertanyakan kepadanya apakah masalah yang sedang dihadapi oleh laptop miliknya itu. lalu beliau menyatakan bahawa laptop nya telah mengeluarkan bunyi bising pada kipas apabila beliau aktifkan laptop tersebut. beliau sangat bimbang sekiranya salah satu kompenan di dalamnya telah rosak.
Oleh itu, beliau segera mengambil keputusan untuk membawa laptopnya ke sini dengan meminta untuk memeriksa bunyi itu berpunca dari apa dan penyebab ia berlaku. Tambahan pula, admin telah menanyakan kepadanya sudah berapa lama beliau menggunakan laptop ini dan adakah beliau pernah membuat servis cuci buang habuk dan tukar thermal paste di dalamnya. Beliau telah menyatakan bahawa beliau telah lama menggunakannya dan hanya sekali membuat servis iaitu 5 tahun lepas. justeru itu, admin telah mencadangkan padanya untuk membuat servis terlebih dahulu dan diatas persetujuan nya, beliau meminta agar membantu untuk servis laptop Dell PP05L tersebut.
Setelah mendengar luahan pelanggan kami, techinicion di kedai OKCS Setapak terus membuat diagnos dan segera bantu servis laptop Dell PP05l sehingga selesai. semasa proses membuat servis itu dijalankan, terdapat banyak habuk telah berkumpul di kawasan kipas kerana terlalu lama tidak membuat servis.
Berbalik pada bantu servis laptop Dell PP05l, atas permintaan pelanggan, laptop beliau siap segera sehari selepas beliau menghantarkan ke OKCS Setapak kerana beliau ingin menggunakan laptop beliau dengan segera.
Setelah selesai membuat servis, kini tiada lagi bunyi yang terdapat pada laptop beliau. pelanggan tersebut juga merasa sangat lega dan gembira serta berpuas hati. kami di OKCS Setapak merasa sangat gembira kerana apa yang penting adalah kepuasan pelanggan terhadap servis yang telah diberikan.
Artikel ini membincangkan tentang Penjagaan Power Adapter dan Bateri Laptop agar kekal tahan lama. Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda bagaimana cara Penjagaan Power Adapter dan Bateri Laptop agar kekal tahan lama lebih daripada 5 tahun walaupun setiap hari penggunaan.
Power Adapter Laptop atau ia lebih dikenali sebagai charger laptop merupakan aksesori yang sangat penting bagi sesebuah laptop. Kalau adapter/charger rosak dan tidak boleh digunakan lagi, apalah erti sebuah laptop jika ia tidak dapat dihidupkan atau digunakan. Lebih baik buang sahaja laptop itu kalau Power Adapter sudah rosak. Iya lah, macam mana nak caj bateri laptop jika tiada bekalan kuasa untuk menghidupkan laptop tersebut. Pilihan terbaik, buangkan saja laptop itu dan beli yang baru. Selesai masalah. Ohh jangan! Jadi lah pengguna yang bijak dan sayangi laptop anda. Apabila power adapter rosak, terpaksa lah beli power adapter laptop yang baru agar bateri laptop dapat dicaj semula dan berfungsi menghidupkan laptop. Kalau nak dibandingkan dengan bateri laptop, kemungkinan untuk bateri rosak lebih cepat dan mudah berbanding power adapter. Akan tetapi, Power adapter juga boleh rosak disebabkan oleh pengguna yang tidak begitu ambil berat dan peduli mengenai penjagaan power adapter.
BAGAIMANA CARA/TIPS PENJAGAAN POWER ADAPTER LAPTOP
1. Letakkan power adapter di satu tempat yang sesuai. Jangan letak berhampiran air terutamanya apabila laptop sedang disambungkan dengan power adapter kerana ia boleh rosak disebabkan oleh renjatan elektrik.
2. Perlu lah segera mencabut power adapter/charger setiap kali bateri laptop sudah penuh bagi mengelakkan daripada power adapter overheating dan rosak.
3. Setelah selesai caj laptop, tutup plug pada power adapter/charger. Jangan hanya mencabut dari laptop sahaja tanpa menutup plug kerana bekalan kuasa masih berjalan sehingga boleh menyebabkan power adapter rosak dengan mudahnya.
4. Elakkan daripada meletakkan power adapter laptop di dalam kereta terutamanya ketika musim panas yang melampau.
5. Jangan sesekali membawa atau mengheret laptop yang masih disambungkan dengan power adapter tanpa rasa bersalah apa pun sehingga adapter terjatuh dan terhantuk pada benda keras terutamanya pada mereka yang selalu tergesa-gesa atau kelam kabut.
6. Pastikan plug yang ingin digunakan untuk power adapter stabil dan berfungsi dengan baik kerana apabila plug bermasalah masih digunakan, risiko untuk power adapter rosak sangatlah mudah. 7. Berhati-hati semasa ingin mencucuk power adapter pada sambungan laptop kerana apabila terlalu ganas ia boleh mengakibatkan kaki power adapter patah.
8. Elakkan daripada wayar power adapter dari terkoyak terkena benda tajam seperti bucu meja. Jika ianya berlaku, power adapter tidak boleh digunakan lagi dan jangan sesekali balut wayar tersebut dengan menggunakan tape atau material yang lain kerana renjatan elektrik juga boleh berlaku. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita perlulah mengambil berat tentang perkara seperti ini. Rata-rata pengguna laptop sering mengabaikannya kerana mereka tiada masa untuk berfikir apa yang bakal berlaku nanti. Adakah anda mampu untuk membeli power adapter laptop setiap setahun sedangkan ia boleh tahan lama jika dijaga dengan betul. Tepuk dada tanya diri, sampai bila mahu merugikan diri sendiri sedangkan ada cara yang terbaik untuk kekal kan power adapter agar berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama. BATERI LAPTOP
Bateri laptop juga merupakan aksesori laptop yang penting. Bateri memudahkan seseorang itu menggunakan laptop tanpa bantuan power adapter. Apa lah erti sebuah laptop jika bateri sudah rosak/tidak boleh digunakan lagi dan memerlukan bantuan power adapter untuk menghidupkan laptop. Terutamanya apabila pengguna ingin menyiapkan tugasan di kafe akan menyebabkan kesukaran mencari tempat yang mempunyai plug untuk menyambungkan power adapter agar laptop dapat dihidupkan. Jadi apabila masalah seperti ini berlaku, terpaksa lah membeli bateri laptop yang baru agar dapat digunakan pada bila masa sahaja terutamanya dalam keadaan kecemasan perlu menghantar assignment. Akan tetapi, pernah tak terfikir bagaimana bateri laptop boleh rosak sedangkan baru sahaja dua tahun penggunaan laptop dan bagaimana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku pada anda tidak pada orang lain. Ini kerana bateri laptop juga memerlukan penjagaan yang betul agar dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. BAGAIMANA CARA/TIPS PENJAGAAN BATERI LAPTOP
1. Setiap kali membeli laptop baru atau bateri laptop yang baru, pastikan caj terlebih dahulu sekurangnya 8jam sebagai penggunaan bateri untuk pertama kalinya.
2. Elakkan daripada caj laptop sehingga overcharging kerana ia boleh mengurangkan kualiti bateri justeru kepanasan sehingga boleh merosakkan komponen laptop yang lain.
3. Segera menutup suis atau mencabut power adapter apabila indicator sudah menunjukkan perkataan fullycharged. 4. Apabila laptop sedang disambungkan dengan power adapter, jangan mencabut bateri laptop secara mengejut atau tiba-tiba tanpa mencabut power adapter terlebih dahulu.
5. Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, selimut, bantal dan sebagainya kerana udara akan menghalang air flow laptop sehingga menyebabkan bateri overheating. 6. Elakkan daripada caj bateri terlalu kerap kerana ia dapat mengurangkan jangka hayat bateri tersebut.
7. Elakkan daripada persekitaran suhu yang panas kerana laptop atau bateri laptop sangat sensitif pada kepanasan. Jadi sebagai pengguna yang bijak anda haruslah menitikberatkan tentang keadaan suatu bateri itu agar ia mampu bertahan dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama.
Apabila menggunakan power adapter atau charger adalah lebih baik jika bateri dicabutkan. Apabila menggunakan bateri laptop pula adalah lebih baik untuk mencabut power adapter atau charger. Tambahan pula, ketika ingin mengecas laptop atau bateri laptop ianya lebih baik jika laptop dimatikan atau di OFF kan.
7 Ciri tersembunyi aplikasi pelayar web Safari yang mungkin kebanyakkan pengguna peranti iOS sendiri tidak tahu kewujudannya.
Sempena meraikan kehangatan iPhone 2018 yang baru sahaja diperkenalkan, admin ingin kongsikan tips-tips menarik khusus untuk aplikasi Safari di peranti iOS.
Admin percaya ramai yang tidak tahu dengan ciri-ciri istimewa tersebut. Berikut adalah 7 ciri tersebunyi aplikasi Safari di peranti iOS:-
Anda mungkin biasa membuka banyak bilangan tab untuk pelbagai laman web. Malah tanpa disedari anda mungkin telah membuka lebih daripada 100 tab.
Jadi cara mudah untuk menutup kesemua tab Safari yang aktif sekaligus adalah dengan menekan sedikit lama pada ikon hujung sekali seperti yang ditandakan dengan kotak merah seperti rajah di bawah.
Kemudian akan keluar kotak pilihan yang membolehkan anda memilih arahan berikut:-
Close All Tabs
Close This Tab
New Private Tab
New Tab
2. Pintasan layari semula laman-laman sebelumnya
Jika anda ingin kembali melayari semula laman-laman sebelumnya, anda sebenarnya tidak perlu menekan butang kembali banyak kali. Sebaliknya anda hanya perlu menekan sedikit lama butang kembali seperti yang ditandakan dengan kotak berwarna merah pada rajah di bawah.
Kemudian akan keluar paparan History yang membolehkan anda memilih laman yang pernah dilayari sebelum ini untuk dibuka semula.
Anda mungkin kadang-kadang tertutup tab yang sedang aktif. Kebiasaannya untuk membuka semula tab tersebut anda akan menaip semula alamat laman tersebut.
Tapi sebenarnya anda boleh saja tekan butang ikon ‘+‘ sedikit lama dan akan terpapar kotak dialog Recently Close Tabs.
Buka semula tab tertutup di bahagian Recently Closed tabs.
4. Buang atau sunting laman kesukaan
Sekiranya terdapat pintasan laman kesukaan yang disimpan di dalam senarai Favourite, anda boleh membuang ikon pintasan laman tersebut dengan menekan sedikit lama pada ikon tersebut.
Kemudian akan keluar butang pilihan Delete dan Edit di atas ikon tersebut.
Pilih butang Delete jika anda mahu membuang ikon laman tersebut atau pilih butang Edit untuk menyunting nama atau alamat laman web tersebut.
Anda boleh membuat bookmark setiap laman web yang dimahukan dengan hanya menekan sedikit lama ikon Bookmark seperti yang ditandakan pada rajah di bawah.
6. Aktifkan paparan Reader View secara automatik
Aplikasi Safari mempunyai ciri yang dikenali sebagai Reader View. Jika ciri tersebut diaktifkan, pengguna akan lebih tekun membaca artikel-artikel di dlaam sesebuah laman web dengan hanya sedikit gangguan imej dan iklan.
Perbandingan apabila mod Reader View diaktifkan. Mod Reader View juga membolehkan pengguna menetapkan warna latar belakang artikel, saiz teks dan jenis teks yang selesa dengan anda.
Walaubagaimanapun, ciri Reader View ini tidak disokong oleh semua laman web. Safari akan memaklumkan kepada anda jika laman web tersebut boleh dilayari dengan paparan Reader View dengan memberikan mesej ringkas ‘Reader View Available‘ secara sepintas lalu pada ruang kotak URL.
Jadi sekiranya anda lebih selesa membaca artikel-artikel internet menggunakan paparan Reader View, anda boleh saja menetapkannya untuk aktif secara automatik dengan sentuh sedikit lama ikon yang ditandakan seperti ditunjukkan rajah di bawah.
Kemudian anda bolehlah tetapkan sama ada mahu mengaktifkan Reader View secara automatik untuk semua laman web atau hanya laman web tertentu sahaja.
Jika anda berminat untuk menyimpan gambar-gambar yang terdapat dalam sesebuah laman muka, anda boleh menyimpan imej tersebut dengan menekan sedikit lama pada gambar tersebut sehinggalah keluar kotak dialog Save Image dan Copy seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.
Terima kasih kepada Tuan Ariff Bukhari dari ariffmac.com atas sumber artikel.
Untuk penggunaan laptop dalam jangka hayat yang panjang, laptop hendaklah di servis sekurang-kurang sekali setahun. hal ini kerana, jika terlalu lama menggunakkan laptop tanpa servis, habuk pada kipas akan semakin menebal dan menyebabkan kipas tidak dapat menjalankan fungsinya. fungsi kipas adalah untuk mengeluarkan udara yang panas dan menggantikan dengan udara yang sedar atau dengan kata lain untuk mengekalkan udara supaya tidak panas.
Selain itu, thermal paste juga perlu digantikan. hal ini kerana, jika thermal paste digunakan terlalu lama, ia akan kering dan tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai ubat untuk menyejukkan processor. jika itu berlaku, ia akan menyebabkan lebih banyak kerosakkan terutama motherboard. oleh itu, penjagaan laptop hendaklah dititik beratkan.
6. buang skru yang terdapat pada bahagian kipas, dan bersihkan kipas menggunakan berus
7. pastikan RAM dibersihkan menggunakan pemadam seperti berikut.
8. pastikan thermal paste yang lama dibersihkan dengan tisu dan digantikan semula.
9. pastikan setiap yang kabel yang bersambung dengan motherboard dicabut sebelum mengangkat motherboard untuk membersihkan. pastikan tangan anda tidak basah ketika membuat servis pada motherboard
10. pasangkan semua yang telah dicabut seperti asal
setelah selesai membuat servis, anda disarankan supaya aktifkan laptop anda untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah setelah selesai membuat servis.
kedai repair laptop setapak membantu servis dan menukar SSD pada Makbook Pro A1278
Baru-baru ini, seorang pelanggan telah datang ke Ok Computer Solution Setapak bersama Macbook Pro kepunyaannya. beliau telah menceritakan bahawa terdapat masalah pada Macbook Pro nya. dengan itu, admin OKCS Setapak menanyakan kepadanya masalah yang dihadapinya. lalu beliau berkata Macbook Pro yang sangat lambat untuk menghidupkan. disebabkan itu, beliau mengambil keputusan yang membuat servis.
sebelum itu, admin OKCS Setapak juga menanyakan bahawa adakah beliau pernah membuat servis macbook sebelum ini, beliau menyatakan tidak pernah selama lebih kurang 4 tahun menggunakannya. admin juga mensyorkan beliau untuk menggunakan SSD pada Macbook beliau. beliau tertanya tanya kelebihan SSD, lalu admin menyatakan bahawa SSD dapat mempercepatkan sistem supaya tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menghidupkan macbooknya. awalnya beliau hanya ingin membuat servis sahaja, tetapi setelah pulang, beliau telah menghubungi OKCS setapak untuk menukar harddisk kepada SSD. pihak kami terus mebuat servis pada macbook beliau.
semasa proses pembersihan dilakukan, Macbook beliau didapati terdapat banyak habuk pada kipas macbook beliau. habuk yang banyak ini boleh menyebabkan Macbook menjadi panas yang yang melampau kerana habuk-habuk yang berkumpul pada kipas itu menghalang untuk kipas membuat tugasnya sebagai penyejuk. jadi, sebagai pengguna kita hendaklah membuat servis sekurang-kurangnya sekali setahun.
keadaan kipas macbook sebelum dan selepas servis
keadaan motherboard sebelum membuat servis
keadaan motherboard sebelum dan selepas membuat servis
setelah selesai membuat servis pada macbook beliau, juruteknik OKCS Setapak terus menukar harddisk beliau kepada SSD seperti yang telah dipersetujui. sebelum menggunakan SSD, beliau menyatakan bahawa ketika menghidupkan Macbook Pro perlu mengambil masa yang sangat lama bahkan habis sepinggan nasi goreng tidak dapat menghidupkan lagi. jadi, setelah menukarkan kepada SSD, perbezaan untuk menghidupkan sangat jelas bahkan kurang daripada seminit. berikut merupakan video setalah menukar kepada SSD.
berbalik pada kisah bantu servics Mabcook Pro telah siap dilakukan hanya mengambil masa sehari. atas permintaan pelanggan untuk menghantar Macbook Pro kepada beliau, salah sesorang Staff OKCS telah menghantar kepada. apabila pelanggan merasa lega dan gembira serta berpuas hati, kami di OK Computer Solution Setapak turut gembira dan apa yang paling penting adalah kepuasan pelanggan atas perkhidmatan yang telah kami berikan.