APA ITU POSTUR/POSISI BADAN?

Postur/posisi badan merupakan bentuk badan atau keadaan badan ketika seseorang itu sedang duduk diatas kerusi menghadap Laptop. Duduk terlalu lama di hadapan komputer dapat mengakibatkan masalah posisi tubuh badan, bahkan memberi impak pada kesihatan seluruh tubuh badan. Menurut kajian, posisi duduk yang salah menyebabkan peredaran darah dalam tubuh menurun, melambatkan metabolisme, ketidakseimbangan gula dalam darah dan memberi pengaruh terhadap keseimbangan otot.
APAKAH POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP?
1. Kedudukan badan diatas kerusi
Tolak pinggul serapat mungkin dengan belakang kerusi/ duduk dengan posisi badan tegak. Kedua-dua tapak kaki diletakkan lurus di atas lantai. Sesuaikan kerusi agar kaki anda rata di lantai dan lutut anda sama atau sedikit lebih rendah dari pinggul. Sesuaikan belakang kerusi kepada sudut 100 ° - 130 ° bersandar. Jika perlu, gunakan bantal tiup atau bantal kecil sehingga badan/bahu anda berasa rileks dan selesa.

2. Kedudukan keyboard
Sesuaikan ketinggian keyboard sehingga bahu anda rileks, siku anda berada dalam kedudukan yang sedikit terbuka, dan pergelangan tangan anda lurus. Pastikan siku diletakkan di atas sandaran sisi kerusi (kalau kerusi ada tempat sandar tangan). Bagi kerusi yang tiada sandar tangan, pastikan siku anda dalam keadaan hampir 90 darjah (seakan-akan ada tempat penyandar tangan)

Gunakan kaki keyboard dan sesuaikan kecerunannya dengan tangan anda. Pastikan keadaan keyboard dengan badan selesa agar tidak berasa kebas/lenguh.

4. Kedudukan paparan monitor
Sesuaikan kedudukkan monitor sehingga leher/badan anda berada dalam keadaan neutral (kedudukkan santai). Kedudukkan kepala haruslah berada tepat/lurus ke hadapan skrin monitor dan keyboard. Bahagian atas monitor sekitar 2-3 "di atas ketinggian mata anda. Jika memakai cermin mata, monitor yang lebih rendah adalah lebih sesuai dan selesa.
5. Jarak badan dengan skrin paparan/monitor/keyboard
Duduk dalam keadaan lengan jauh dari paparan dan sesuaikan jarak pandangan pada paparan skrin. Ia dapat mengurangkan silau apabila melihat skrin dari sudut paparan menegak dan kawalan skrin untuk meminimumkan silau dari lampu di atas kepala.
APAKAH AKIBAT JIKA POSTUR/POSISI BADAN SALAH?
1) MENYEKAT SISTEM PENGHADAMAN
Tahu tak? Bahu yang jatuh ke bawah macam orang yang tak bermaya tak makan seminggu tu boleh membawa kepada sistem penghadaman yang amat teruk serta membimbangkan. Apabila seseorang itu duduk membongkok, usus pada badan pun akan terlipat sama dan ianya dapat memperlahankan seluruh proses sistem penghadaman.
2) MEMBERI KESAN BURUK TERHADAP MOOD SEHARIAN
Apa kena-mengena postur/posisi badan dengan tahap kegembiraan/mood seseorang itu pula?
Ya, postur/posisi badan yang teruk akan memberi kesan ‘moody’ kepada seseorang itu kerana mereka yang berjalan membongkok sedang mengalami masalah depressi dan akan kelihatan seperti tidak bermaya. Tapi, memang benar pun apabila kita berjalan dalam keadaan bahu jatuh dan membongkok, automatik muka kita pun akan jadi muram dan tidak bersemangat.
3) MENJEJASKAN PRESTASI KERJA
Membongkok atau postur/posisi yang teruk ini boleh membuat orang berfikiran negatif dengan kita. Apabila masuk sahaja pejabat, automatik orang akan fikir kita ni malas dan tidak bersemangat langsung untuk kerja. Pada masa itu lah tak akan ada yang mahu mendekati dan bercakap dengan kita. Ya, bukan kita yang minta seperti itu, tetapi kita boleh ubah/elakkan sebegitu. Rajinkan lah diri untuk bersenanam mendapatkan semula badan yang ideal.
4) KELIHATAN BADAN LEBIH BERAT
Apabila kita duduk dalam keadaan lemah/tidak bermaya seperti orang malas, memang akan kelihatan bongkok dan terasa sedikit berat pada bahagian belakang badan. Duduk secara posisi yang tidak betul akan menyebabkan organ dalaman turun ke bawah sehingga menampakkan seseorang itu kelihatan gemuk. Perasan tak? Semasa ada yang sudi mengambil gambar kita ketika sedang duduk, tiba-tiba gambar tersebut membuat kita kelihatan pendek, gemuk dan besar. Ini disebabkan oleh postur/posisi badan yang tidak betul.
5) SPIDER-VEINS
Spider-Veins ini berlaku apabila seseorang itu duduk terlalu lama. Bukan sahaja punggung yang kebas, malah kaki dan anggota badan yang lain pun akan turut kebas. Tambahan pula bahu akan menjadi lenguh, leher terasa berat serta sakit, dan kaki juga akan menjadi kebas terutamanya apabila duduk dalam keadaan kaki bersilang.
6) BERTAMBAH STRESS
Apabila seseorang itu duduk dalam posisi yang lemah dan tidak betul, nak buat sesuatu tugasan yang mudah pun boleh jadi tugasan tersebut susah dan sukar untuk dilakukan. Ya, nak relaks memang kena duduk straight! Pernah tak, terasa lenguh semasa duduk terlalu lama dan ketika itu kita cuba memperbetulkan posisi kedudukan badan seperti orang yang sedang rimas. Ini adalah salah satu info yang boleh dikongsikan, sekiranya kita duduk atau berdiri dalam keadaan membongkok, ia akan menghadkan paru-paru dan jantung kita untuk berfungsi dengan lancar. Ia akan menyebabkan kita terpaksa untuk bernafas lebih kencang dan mendalam bagi mempercepatkan penyediaan darah menghantar oksigen ke seluruh tubuh badan.
CARA ELAKKAN MASALAH TERSEBUT DARIPADA BERLAKU
1. Buang tabiat buruk terhadap postur
Tabiat ini juga termasuklah menonton tv atau menggunakan laptop dalam keadaan meniarap, membaca dalam suasana tidak terang (yang menyebabkan anda terpaksa membongkok untuk melihat)
2. Cari kerusi yang bagus/sesuai untuk postur
Mungkin harganya sedikit mahal berbanding kerusi biasa, tapi setidaknya ia dapat menyokong seluruh belakang badan anda.
3. Posisi duduk di kerusi mesti betul/selesa
Kedudukan punggung anda sepatutnya berada betul-betul di hujung kerusi supaya badan anda rapat dengan penyandar kerusi.
4. Dapatkan penyandar kusyen
Untuk mendapatkan postur/posisi badan yang betul sangat disyorkan penyandar kusyen sebagai langkah berjaga-jaga. Penyandar ini diletakkan di belakang kerusi seperti di pejabat.
5. Letakkan bantal / kusyen kecil
Letakkan bantal atau kusyen kecil pada sebelah bawah punggung anda. Ini dapat membantu pinggang anda berasa lebih selesa dan santai semasa duduk.
6. Jejakkan tapak kaki atas lantai
Ketika sedang duduk atau berdiri, pastikan kedua-dua belah tapak kaki berada di atas lantai agar berat badan dapat ditampung dengan seimbang. Jangan sesekali duduk secara senget atau menyilang kaki atau bersila di atas kerusi.
6. Lakukan senaman yang baik untuk tulang belakang
Lakukan senaman agar dapat menghindari daripada badan menjadi bongkon dan tidak bermaya. Senaman seperti yoga, senaman bola dan regangan ringkas 5-10 minit sehari.
7. Banyakkan bergerak
Elakkan daripada duduk seharian atas kerusi. Anda disarankan untuk bangun dan berjalan setiap 15 - 30 minit untuk meregangkan otot.
Elakkan daripada duduk seharian atas kerusi. Anda disarankan untuk bangun dan berjalan setiap 15 - 30 minit untuk meregangkan otot.