MENUKAR KEYBOARD ASUS A556U
Artikel ini membincangkan tentang membantu pelanggan menukar keyboard laptop Asus A556U.
Baru-baru ini, seorang pelanggan telah datang kedai OK Computer Solution Setapak dengan membawa laptop beliau yang mempunyai masalah. Admin OKCS Setapak telah menanyakan kepada beliau, apakah masalah yang terjadi pada laptop beliau, beliau menyatakan bahawa sesetengah huruf pada keyboard beliau telah rosak. Beliau menyatakan bahawa beliau ingin menukar keyboard yang baru dengan segera kerana beliau merupakan pelajar dan akan menduduki peperiksaan. Oleh itu, beliau memerlukan laptop segera dengan keyboard yang elok.
Mendengar sahaja luahan beliau, technician OKCS Setapak membantu menukar keyboard beliau dengan segera. Sebelum menukar pada keyboard yang baru, technician telah mencuba dahulu keyboard lama dia untuk memastikan kerosakan tersebut. Ternyata benar terdapat beberapa huruf pada keyboard beliau tidak dapat digunakan. Dengan itu, technician terus menukar keyboard tersebut.
Technician segera membuat penukaran pada keyboard laptop pelanggan
Technician membuka skru untuk mengasingkan motherboard kerana keyboard terdapat pada bawah motherboard
Technician membuang pelekat yang menguatkan keyboard untuk membuang keyboard lama
Technician menggunakan hot glue gun untuk mengantikan yang asal supaya keyboard tersebut kuat.
Technition memasang semula perkakasan
Pelanggan membuat pengujian terhadap laptop nya sendiri
Technician menerangkan secara detail kepada pelanggan
Berbalik pada kisah membantu menukar keyboard Asus A556U, atas permintaan pelanggan untuk menukar keyboard dengan segera, keyboard beliau telah dapat ditukar dan telah dapat digunakan seperti biasa. Beliau sangat berpuas hati kerana keyboard beliau tiada masalah dan yang paling penting dapat disiapkan pada hari itu juga. Kepuasan pelanggan terhadap layanan dan perkhidmatan kami sangat kami titik beratkan kerana itu sangat penting kepada kami.
Pelanggan OK Computer Solution Setapak yang berpuas hati dengan layanan kami
-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK?
-->>Nak kami check laptop secara PERCUMA?
-->>Nak kami pickup pun boleh
Anda boleh hubungi OKCS Setapak:-
Penulis,