MACBOOK PRO VS MACBOOK AIR YANG MANA TERBAIK | OK COMPUTER SOLUTION

OK Computer Solution membincangkan tentang Macbook Pro VS Macbook Air yang mana Terbaik

Artikel membincangkan tentang Macbook Pro VS Macbook Air yang mana Terbaik. Pada kali ini, OK Computer Solution akan membantu anda dengan membezakan dua Mac dari Apple iaitu Macbook Pro dan Macbook Air agar ianya menjadi satu pilihan yang tepat buat anda sebagai seorang pengguna Macbook mahupun bakal pengguna Macbook. 


Image result for macbook pro vs macbook air"


Macbook adalah brand notebook yang dikeluarkan oleh Apple Inc. sejak Mei 2006 hingga Februari 2012 kemudian ia dilancarkan semula pada tahun 2015.


Jika mahu dibandingkan Windows dengan Mac, sudah tentunya Macbook paling mahal akan tetapi ianya merupakan Macbook keluaran Apple yang mana tidak dapat dinafikan adalah memang terbaik dalam industri.


Image result for mac vs windows"

Terdapat pelbagai kelebihan pada Macbook seperti reka bentuk premium / aluminium yang bergaya & tahan lasak, keyboard yang sangat bagus bersama touchpad / trackpad pintar, jangka hayat bateri panjang / lama serta sistem operasi yang mudah digunakan, mampu menyimpan fail / data dalam sync peranti Apple dan sebagainya.



Image result for MACBOOK CANTIK"

Keluarga Macbook adalah satu siri komputer riba Mac (Macintosh) yang dibangunkan oleh Apple. Ianya adalah hasil penggabungan daripada siri PowerBook & iBook.



Image result for keluarga macbook"


Macbook Pro yang berpusat profesional telah dikeluarkan pada tahun 2006 sebagai produk pertama siri ini. Tidak lama kemudian, Macbook yang memberi tumpuan kepada kumpulan pengguna telah dikeluarkan pula sebagai produk kedua. 


Kemudian, produk ketiga siri Macbook Air dikeluarkan pada tahun 2008. 

Kedua-dua Macbook Pro & Macbook Air menggunakan pembinaan aluminium unibody justeru terdapat penyediaan lampu belakang LED dan ia dilengkapi dengan paparan glossy standard.

Image result for macbook pro vs macbook air"


MACBOOK PRO


Image result for macbook pro"


Macbook Pro merupakan notebook Macintosh berasaskan profesional yang mana ia dikeluarkan pada tahun 2006 sebagai produk pertama dalam keluarga Maacbook. 


Macbook Pro menggunakan pemproses (processor) Intel Core i5 dan i7 justeru dengan memperkenalkan teknologi Thunderbolt untuk I/O serta menggantikan baris PowerBook. 

Macbook Pro mempunyai 13.3" , 15.4" dan 17" model. Ia juga turut ditawarkan dengan skrin terbesar iaitu 1440 x 900 atau 1680 x 1050 (15.4") dan 1920 x 1200 (17").

Dua reka bentuk Macbook Pro menggunakan aluminium. Salah satu diantaranya adalah pengambil alihan dari siri PowerBook dan lainnya adalah reka bentuk unibody runcing.

Ketika pengguna / bakal pengguna hendak membeli Macbook Pro, mereka diberi pilihan sama ada mahu memasang RAM 2GB atau 4GB walaupun ianya sudah dilengkapi dengan 2GB RAM pada awalnya. 




MACBOOK AIR


Image result for macbook air"


Macbook Air merupakan notebook ultraportable (nipis) yang dikeluarkan pada tahun 2008 sebagai produk ketiga keluarga Macbook. 


Ianya telah dipromosikan / di-label-kan sebagai notebook nipis di pelusuk dunia. Akan tetapi terdapat juga isu yang mana ia turut dipertikaikan kerana sangat ringan berbanding pesaing lain Macbook Air justeru ia menggunakan Intel Core 2 Duo lalu menggantikan 12" PowerBook G4 Series.

Macbook Air telah memperkenalkan konsep pembinaan aluminium unibody turut digunakan oleh komputer riba lain dalam siri ini. 

Macbook Air mempunyai model 11.6" & 13.3" dan kebiasaannya Macbook Air 13.3" skrin menyediakan 1280 x 800 berbanding Macbook Air 2010 skrin 1440 x 900.


Image result for macbook air 11 inch vs 13 inch"




PERBEZAAN MACBOOK PRO VS MACBOOK AIR


Image result for macbook pro vs macbook air"



MACBOOK PRO
MACBOOK AIR

Macbook Pro adalah komputer riba Macintosh berasaskan professional


Macbook Air adalah notebook ultraportable

MacBook Pro mempunyai model 13. 3 ", 15.4" dan 17 "


MacBook Air mempunyai model 11.6 "dan 13. 3" ultraportable dengan aluminium unibody cast


MacBook Pro menggunakan pemproses Intel Core i5 dan i7


MacBook Air menggunakan Intel Core 2Duo

MacBook Pro menggantikan keseluruhan talian PowerBook


Macbook Air menggantikan 12" series PowerBook G4

MacBook Pro, mempunyai FireWire 800


MacBook Air tidak mempunyai FireWire

MacBook Pro mempunyai tiga USB 2. 0 port


MacBook Air hanya mempunyai dua USB 2. 0 port


- Akses Memori dan cakera keras mudah di MacBook Pro tetapi akses mudah tidak dibenarkan di MacBook Air.

- MacBook Pro menawarkan relatif resolusi skrin yang lebih besar berbanding dengan MacBook Air.




KEBOLEH ALIHAN TERBAIK :

MACBOOK 12" INCH

Image result for macbook 12 inch"


Macbook 12" inch begitu padat dan ringan sehingga sesetengah orang akan berasa keliru dan beranggapan bahawa ianya adalah iPad apabila ditutup.

Justeru itu, ia sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja kerana Macbook 12" inch berat 2.03 paun / 0.52 inch (titik ketebalan).

Macbook 11" inch adalah merupakan tempat kedua pada 2.4 pound. 

Walau bagaimanapun, Macbook 12" inch hanya menawarkan satu port USB-C tunggal yang mana anda memerlukan aksesori tambahan lain.

Disamping itu, walaupun ia masih dalam kategori ringan, berat Macbook Air 13" inch adalah 1 pound lebih berat berbanding Macbook 12" inch dan ia jauh lebih tinggi & lebih lebar (sebahagiannya kerana bezel skrin besar).

Macbook Pro 13" inch (Retina) agak besar memandangkan saiz skrin dan berat 3.5 pound akan tetapi ia direka dengan prestasi yang mantap bersama paparan screen yang besar/luas.

Image result for Macbook Pro 13" inch (Retina)"


Berat
Macbook Pro 15" inch (Retina) pula 
4.5 pound yang mana ia adalah antara paling ringan dalam class notebook 15" inch.


Image result for Macbook Pro 15" inch"


JANGKA HAYAT BATERI TERBAIK : 

MACBOOK AIR 13" INCH

Image result for MACBOOK AIR 13" INCH"


Macbook Air 13" inch adalah merupakan salah satu daripada komputer riba / notebook paling lama dalam tempoh penggunaan bateri. 

Macbook Air 13" inch masih berfungsi dengan baik bagi kebanyakkan beban kerja berat dan ia mempunyai hayat bateri yang terbaik daripada mana-mana komputer riba yang pernah diuji.

Macbook Pro (Retina) 13" inch adalah komputer riba / notebook kedua yang memiliki ketahan bateri. 

- Penggunaan perisian / software profesional seperti Final Cut Pro X, Adobe Creative Cloud dan lain-lain tidak menjadi masalah sama sekali malah bateri Macbook Pro (Retina) 13" inch turut mampu bertahan dalam jangka masa lama bergantung pada aplikasi yang digunakan.






Macbook Pro (Retina) 15" inch bersama ketahanan bateri selama 9 jam menjadikannya salah satu daripada komputer riba / notebook paling lama berjalan dengan paparan saiz skrin yang besar/luas. 

Macbook 12" inch pula menawarkan ketahanan / jangka hayat bateri melebihi purata komputer riba / notebook ultraportables lain yang mana turut dapat bertahan lebih lama termasuk Macbook Air 11" inch.




PAPARAN TERBAIK : 
MACBOOK 12" & MACBOOK PRO (RETINA) 13" INCH



Bukan semua paparan Macbook adalah Retina. Sesetengah Macbook adalah paparan Retina dan ada juga tidak. 

Berbezaannya dilihat dari segi besar resolusi serta kualiti warna / cahaya yang ada pada Macbook.

Contoh ;

  • Macbook Air 13" inch pixel rendah 1440 x 900
  • Macbook 12" inch pixel 2304 x 1440 
Jadi walaupun ianya Macbook 12" inch yang mana mempunyai screen lebih kecil, ia menawarkan gambar lebih tajam seolah-olah kelihatan lebih besar dari itu.

Macbook Pro (Retina) 13" inch & 15" inch mempunyai paparan screen yang lebih tajam iaitu pixel 2560 x 1600 dan pixel 2800 x 1800. 

Paparan Macbook Pro (Retina) 15" inch kelihatan begitu tajam sehingga Apple terpaksa mengeluarkan Macbook Pro 17" inch pula.

Walau bagaimanapun, Macbook Pro (Retina) 15" inch mempunyai resolusi yang lebih tinggi daripada Macbook Pro (Retina) 13" inch kerana ianya tidak berprestasi dalam "color reproduction".

Macbook 12" inch mempunyai paparan screen yang lebih tajam berbanding Macbook Air 13" inch. Ia juga sebagai penyerapan warna dan kontras yang lebih baik.

Setiap komputer riba / notebook Apple menawarkan kecerahan / brightness screen melebihi purata kecerahan / brightness screen komputer riba / notebook yang lainnya. 

Macbook Pro 13" inch adalah pada bahagian paling atas, mencatatkan 389 nit pada ujian yang telah dilakukan mengatasi Macbook 12" inch & Macbook Air 13" inch

Dalam pada itu, Macbook Air 11" inch banyak mengeluarkan kecerahan / brightness screen untuk paparan dengan mencatatkan 370 nit.



Sekiranya anda seorang yang bekerja dalam bidang editing gambar & video, ketepatan warna adalah yang paling utama. 

Ujian Delta-E yang telah dijalankan bertujuan untuk mengukur ketepatan warna dengan mengembalikan semula nilai nombor, dengan 0 menjadi sempurna. 

Kedua-dua Macbook Pro (Retina) 13" inch & Macbook 12" inch mencatatkan 1.2 yang mana ianya sangat baik / terbaik akan tetapi model Macbook Pro 15" inch tidak jauh di belakang pada 2.1. 

*Macbook Air 13" inch jauh di belakang dengan 4.3, yang mana ianya lebih buruk daripada kategori purata keseluruhan komputer riba / notebook.




PILIHAN PORT TERBAIK : MACBOOK PRO (RETINA) 13" INCH & 15" INCH


Image result for MACBOOK PRO (RETINA) 13" INCH & 15" INCH"


Pada mereka / pengguna yang lebih gemar menggunakan plug lebih daripada satu peripheral sekaligus ke komputer riba / notebook, Macbook 12" inch sangat tidak sesuai kerana ia menggunakan port USB-C tunggal untuk kedua-dua kuasa dan sambungan kepada peranti lain.

*Mereka / pengguna memerlukan adapter/dongle untuk sambungan iPhone atau mana-mana alat USB lain bagi mendapatkan kuasa serta menyambung peripheral & paparan pada masa yang sama.

Berikut adalah beberapa adapter/dongle untuk USB-C:





Diantara Macbook Air 13" inch & Macbook Air 11" inch, Macbook Air 13" inch adalah lebih baik kerana ia menawarkan slot SD card.  

*Jika tidak, kedua-dua MacBook Air tersebut memiliki dua USB 3.0 port dan Thunderbolt 2 port untuk menyambung paparan screen. 

Macbook Pro mempunyai port yang paling banyak kerana terdapat ruangan pada casis paling atas dengan satu tambahan Thunderbolt 2 port serta HDMI untuk pelbagaikan lagi sambungan paparan screen.





PRESTASI TERBAIK : MACBOOK PRO (RETINA) 15" INCH

Image result for MACBOOK PRO (RETINA) 15" INCH"


Creative pros dan pengguna tegar Mac sanggup melabur / mengeluarkan / menghabiskan lebih banyak wang untuk prestasi Macbook yang terbaik. 

Macbook Pro 15" inch mempunyai prestasi terbaik dengan gabungan Core i7 CPU Quad-Core dan Graphic AMD R9 M370X yang mana ia dapat mengatasi semua komputer riba / notebook Mac yang lainnya dalam pelbagai ujian. 

*Macbook Pro 13" inch turut menawarkan prestasi yang sangat baik untuk setiap wang yang dilaburkan / dikeluarkan.



Macbook yang dikuasakan oleh Core-M tidak mempunyai kelajuan yang tinggi akan tetapi walau bagaimanapun, ia dapat mencatat skor sebanyak 4631 melebihi purata laptop ultraportable (4567).


Prestasi Apple macbook juga diukur dengan kelajuan flash storage yang mana ia ditentukan dengan berapa lama masa yang diambil oleh suatu aplikasi untuk terbuka iaitu kelajuan membaca dan menulis data. 




GRAPHIC TERBAIK : MACBOOK PRO (RETINA) 15" INCH

Image result for MACBOOK PRO (RETINA) 15" INCH"


Macbook Pro (Retina) 15" inch Grafik AMD Radeon R9 M370X dalam $ 2499 (RM9724.98) telah dikonfigurasikan untuk membuat kerja dengan lebih pantas dalam editing video & gambar yang mana ia membuatkan mesin tersebut menjadi pilihan terbaik oleh Creative Pros . 




Pada bahagian OpenGL di Cinebench yang mengukur prestasi grafik, Macbook Pro 15" inch mencatatkan 62.5. Ianya lebih daripada dua kali ganda terpantas daripada Macbook Pro 13" inch (28.9). 

*Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa model 13"inch tidak mempunyai pilihan graphic diskret. 

MacBook Air 11" inch & 13" inch mempunyai 
yang tidak jauh bezanya akan tetapi Macbook 12" inch bertukar skor terendah dalam ujian ini.




KESELURUHANNYA


Image result for macbook pro vs macbook air"



Bagi membantu mereka / pengguna untuk membuat perbandingan antara Macbook yang akan memenuhi keperluan sebelum memilih model tertentu. 

Macbook Air adalah sesuai untuk mereka yang mahukan prestasi komputer riba / notebook terbaik serta hayat bateri panjang dengan tawaran harga yang berpatutan & berkualiti. 

Pengguna Mac yang tegar, foto dan video editor perlu kepada Macbook Pro (Retina) 13" inch atau 15" inch 
yang mana ia menawarkan paparan Retina sangat tajam bersama dengan pemproses dan reka bentuk tahan lasak. 

Walaupun ia lebih mahal, Macbook Pro 15" inch adalah satu-satunya pilihan bagi mereka yang mencari prestasi komputer riba / notebook tinggi.

Macbook 12" inch adalah satu sistem khusus dimana ia merupakan pilihan paling mudah alih dalam barisan Apple bersama kos / tawaran harga yang hampir sama dengan Macbook Pro 13" inch menawarkan lebih kelajuan & paparan lebih besar. 


*MacBook Air 13" inch mempunyai hayat bateri lebih lama dan beberapa port

Oleh itu, untuk piihan Macbook 12" inch hanyalah jika mereka / pengguna merupakan seorang penggemar travel. 


Tetapi, bagi sesetengah pembeli, Macbook Air 13" inch juga akan terus menjadi pilihan pertama terbaik mereka dan Macbook Pro 13" inch pula adalah tempat kedua bersama screen yang lebih baik.

BAGAIMANA MEMBELI 
MACBOOK TERPAKAI


MACBOOK PRO A1278 '13 (LATE 2012)


- Macbook pro A1278

- Version 10.12 Sierra
- HDD 500
- RAM 4GB DDR 3

- Processor i5 2.5 GHZ
- Intel HD graphic 4000 1024 MB

*Condition seperti baru keluar kilang
*Magsafe diberikan
*Tiada calar atau kemek/dent pada bucu
*Laptop dijaga rapi bak kasih sayang terhadap bayi (baby)

Condition Used – like new
Brand APPLE

Check out Macbook Pro A1278 (LATE 2012)

Get it on Shopee now!


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 

Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang





[SOLVED] LAPTOP SONY VAIO SLOW | KEDAI REPAIR LAPTOP DAMANSARA

Kedai Repair Laptop Damansara menyelesaikan masalah Laptop Sony Vaio Slow

Artikel membincangkan tentang menyelesaikan masalah Laptop Sony Vaio Slow. Pada minggu lalu, kedai repair laptop Damansara telah didatangi oleh seorang pelanggan dari Mutiara Damansara bersama laptop Sony Vaio. 



Semasa beliau tiba di kedai repair laptop Damansara, pelanggan kami itu terus meluahkan kepada kami bersama kekeluahan dan kekecewaan akan masalah Laptop Sony Vaio Slow sehingga menyebabkan beliau terpaksa menunggu masa yang lama untuk loading ketika sedang menyiapkan tugasan kerja. 
Tambahan pula, pelanggan kami ini adalah merupakan seorang editor yang mana beliau memerlukan software Adobe dan pelbagai software lain. 

Oleh sebab itu, beliau berasa kecewa ketika Laptop Sony Vaio Slow yang menyebabkan beliau terpaksa menunggu lama untuk setiap software running.

Jadi, tanpa membuang masa beliau berusaha mencari kedai repair laptop Damansara yang tidak jauh darinya serta mampu menyelesaikan masalah Laptop Sony Vaio Slow agar beliau dapat menggunakannya semula seperti biasa sebagai tugasan kerja harian. 

Beliau segera melayari internet sehingga menjumpai kedai repair laptop Damansara atau lebih dikenali OK Computer Solution yang terletak di Damansara Perdana yang mana tidak begitu jauh dari tempatnya. 

Beliau memilih OK Computer Solution kerana sudah banyak artikel yang menarik, respon positif serta testimoni yang baik dan perkhidmatan yang berkualiti dengan tawaran harga yang berpatutan.


Lebih-lebih lagi, OK Computer Solution merupakan ibu kepada 13 cawangan OK Computer Solution yang lain. Ia juga merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan komputer riba sehingga berjaya mempunyai cawangan yang lain di seluruh Malaysia.  

Justeru itu, technician diagnose Laptop Sony Vaio Slow dengan membuat checking condition hard disk sementara pelanggan kami itu menunggu sehingga mendapati bahawa hard disk sudah penuh storage yang menyebabkan Laptop Sony Vaio Slow


Dalam pada itu, admin mencadangkan pada beliau untuk upgrade SSD 480GB memandangkan beliau sering menggunakan software-software besar / berat seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan lain-lain. 


Selain itu, admin turut menawarkan pada beliau untuk Service Clean Dust & Replace Thermal Paste kerana setiap laptop perlu service 6 bulan atau 1 tahun sekali bagi menjaga kualiti / kestabilan laptop agar sentiasa dalam keadaan baik dalam jangka masa yang lebih lama / panjang. 

Admin telah menerangkan pada pelanggan tentang kelebihan / keistimewaan SSD berbanding HDD dengan memberi jaminan selama 3 tahun. 

Oleh yang demikian, setelah mendengar penjelasan admin pelanggan bersetuju untuk upgrade kepada SSD 480 GB bersama Installation yang diperlukan oleh beliau sebagai seorang editor / editing video & gambar justeru menyelesaikan masalah Laptop Sony Vaio Slow berpunca daripada hard disk storage penuh. 



APA ITU SSD?


Image result for SSD KINGSTON"


Solid State Drive (SSD) merupakan salah satu komponen (hardware) sebagai penyokong laptop yang menyediakan ruang untuk menyimpan data atau output dari proses data yang dilakukan oleh komputer dan manusia sama seperti hard disk (HDD).

Ia bersifat kekal menyimpan data walaupun laptop terpadam atau tidak dihidupkan, data-data yang ada dalamnya juga akan tetap ada melainkan ia dihapuskan secara manual.


Upgrade Hard Disk (HDD) kepada Solid State Drive (SSD). SSD adalah upgrade yang sangat berpatutan dan boleh dilakukan tanpa sebarang halangan atau ragu-ragu. 


Image result for SSD KINGSTON"

Apabila seseorang itu Upgrade Hard Disk HDD kepada SSD, 
terdapat banyak perubahan performance berbanding Hard Disk yang biasanya. 


Image result for SSD VS HDD"

1. Boot untuk masuk ke Windows lebih pantas dengan hanya beberapa saat berbanding HDD
2. Masa yang diambil untuk SSD buka atau transfer fail/dokumen/software lebih baik dan laju berbanding HDD 
3. SSD Format drive dengan lebih cepat daripada HHD


Image result for SSD VS HDD"


KELEBIHAN SSD:



Image result for FASTER SSD"


1. Lebih tahan lama untuk menyimpan suatu data
2. Lebih tahan lasak berbanding HDD 
(Jika laptop terjatuh atau terhentak, risiko untuk SSD rosak sangat lah tipis dan kemungkinan mustahil)
3. Penggunaan SSD sangat menjimatkan bateri laptop
4. Tiada bunyi bising yang terhasil berbanding HDD
5. 10x ganda lebih laju berbanding HDD
6. Saiz yang lebih kecil dan ringan

APA YANG PELANGGAN DAPAT DARIPADA SERVICE LAPTOP
  • Buang habuk pada Laptop luar dan dalaman
  • Tukar Thermal Paste
  • Sudah tidak panas/overheating
  • Sudah tidak berbunyi
  • Dapat mengelakkan daripada komponen yang lain rosak

Thermal Paste ; 

Thermal Paste atau dikenali sebagai Thermal Gel, Thermal Compound, heat paste, heat sink paste dan heat sink compound merupakan sejenis cecair bersifat minyak. Thermal Paste kebiasaannya terletak di antara chip dan heatsink.

Fungsi Thermal Paste ;


Menyalurkan panas dari processor ke heatsink disebabkan oleh permukaan processor dan heatsink yang tidak rata sehingga memerlukan penghubung supaya panas haba dapat dikawal dengan baik. 

Ia juga untuk menjamin sistem penyejukan yang efisyen dan optimum sepanjang masa.





Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Laptop Sony Vaio Slow, masa yang diambil untuk technician upgrade SSD bersama Installation dan Service Clean Dust & Replace Thermal Paste lebih kurang 6-7 jam termasuk pengujian (testing) selepas proses pemasangan SSD.

Kini, masalah Laptop Sony Vaio Slow dapat diatasi mengikut cadangan admin & technician di kedai repair laptop Damansara dan sudah tidak akan menjadi gangguan lagi buat pelanggan kami untuk menjalankan / membuat tugasan kerja harian beliau seperti hari sebelumnya. 




Pelanggan sangat gembira dan berterima kasih kerana kedai repair laptop Damansara dapat membantu menyelesaikan masalah beliau sehingga ia kelihatan seperti laptop yang baru bersama SSD 480 GB. 


Apabila pelanggan happy, kami di kedai repair laptop Damansara juga gembira diatas perkhidmatan yang telah kami berikan untuk mereka. 


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:


  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang