BAGAIMANA MEMBELI MACBOOK TERPAKAI | OK COMPUTER SOLUTION

OK Computer Solution, Bagaimana Membeli Macbook Terpakai

Artikel ini membincangkan tentang Bagaimana Membeli Macbook Terpakai justeru membantu anda yang kurang bajet atau mahu mencuba menggunakan Macbook yang mana dari asal pengguna Microsoft ke Mac. 



Artikel ini juga sesuai untuk anda yang mahu membeli Macbook Terpakai (Second Hand) akan tetapi tidak begitahu tahu menahu / kurang pengetahuan tentang Macbook dan bimbang/risau ditipu oleh penjual yang tidak berwibawa / tidak jujur / tidak amanah. 



Jangan ragu-ragu lagi, kali ini kami di OK Computer Solution sedia membantu menyelesaikan masalah anda Bagaimana Membeli Macbook Terpakai agar tidak akan berlaku sebarang kekecewaan dihati kelak. 

Kami akan kongsi bersama anda tentang beberapa cara / langkah yang perlu diambil tahu / dititikberat agar Mac yang anda berhasrat untuk beli tidak akan berlaku sebarang cacat cela atau kekurangan diatas penipuan penjual.

Apabila Membeli Macbook Terpakai, sebaiknya anda sebagai pembeli haruslah sentiasa bertindak bijak agar tidak mudah tertipu dengan tipu helah penjual yang mana semakin berleluasa sehingga masa kini. 



Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum bersetuju membeli atau membuat pembayaran kepada penjual untuk Macbook Terpakai (Second Hand). 

1. Pemeriksaan (checklist) luaran

Pemeriksaan (checklist) luaran dibuat agar keadaan / condition body, glass display dan juga hinge sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh diterima oleh bakal pembeli. 

Condition Body



- Pastikan check atau periksa dahulu keadaan / condition luaran Macbook. 
- Periksa dengan teliti dalam setiap sudut luaran Macbook agar sekiranya terdapat dent / calar / retak pada sudut luaran, Macbook berpatutan dengan harga yang diberikan.

Glass Display


Image result for glass desplay macbook calar"

- Pastikan periksa glass display Macbook dengan baik agar tiada sebarang calar / crack.

Hinge



- Periksa keadaan hinge dengan membuka dan menutup panel Macbook.
- Pemeriksaan hinge sangat penting supaya ia tidak terlalu ketat / longgar dan tiada kesan retak / pecah / rosak pada hinge. 

2. Pemeriksaan (checklist) dalaman

Pemeriksaan (checklist) dalaman dibuat agar keadaan / condition power on, charger magsafe, charging, wifi, keyboard, keyboard light, speaker, trackpad, screen display, screen brightness dan bateri Macbook berfungsi dalam keadaan berfungsi & baik.

Power ON


Image result for power on macbook pro"

- ON / hidupkan Macbook bagi meyakinkan diri bakal pembeli bahawa Macbook dalam keadaan berfungsi / masih boleh digunakan agar tidak mudah tertipu oleh penjual.

Trackpad


Image result for trackpad macbook pro"

- Perlu disable Tap to click , pergi ke ;

System References -> Trackpad 

pada bahagian Point & Click un-tick Tap to click

*Ia bagi memastikan trackpad Macbook boleh klik / digunakan atau tidak

Keyboard & Keyboard Light



- Keyboard atau papan kekunci merupakan antara yang paling penting. Jika ianya rosak atau tidak berfungsi, apalah erti sebuah Macbook. 
- Search Keyboard Checker di Safari / Google, dan test satu persatu button keyboard supaya semuanya elok & berfungsi. 
- Pastikan keyboard light juga berfungsi, bernyala dan boleh adjust level brightness.


Image result for keyboard light macbook pro"

Screen Brightness 


Image result for screen brighness macbook pro"

- Klik brightness adjustment pada keyboard. 


ATAU

- Klik System Preferences -> Display , -> Brightness , drag sahaja ke kiri & kanan untuk adjust.

Speaker

Image result for speaker symbol macbook pro"

- Periksa keadaan speaker sama ada ianya mengeluarkan bunyi atau tidak. 

Screen Display / LCD

Image result for screen display macbook pro"

- Perhatikan LCD pada Macbook jika terdapat line halus, bintik-bintik dot, kesan burn / watermark. 

*buka image / picture full screen black or white

Wi-Fi

Image result for wifi macbook pro"

- Cuba connect Wi-Fi dan serve internet atau Hotspot dari telefon bimbit. 

Magsafe 

Image result for magsafe macbook pro charging"

- Pastikan magsafe yang diberikan dapat detect ketika cucuk dan tiada sebarang masalah seperti cable koyak / hampir putus / rosak.

Charging

Image result for plug in macbook pro charging"

- Plug -in magsafe yang diberikan pada Macbook dan pastikan ianya charging atau tidak.

*Klik pada simbol bateri di Menu Bar, akan menunjukkan Charging ATAU Not Charging

Battery & Cycle Count

Image result for cycle count macbook pro"

- Klik pada logo Apple, -> About This Mac -> System Report -> Power

Condition Battery
  • Normal
  • Service Battery
  • Replace Soon
  • Replace Now 
Cycle Count : Max 1000 

3. Spesifikasi 

Spesifikasi yang terdiri daripada Storage type, Storage speed, OS Version dan RAM total.

Storage Type

Image result for storage type macbook"

- Periksa storage Macbook sama ada HDD atau SSD & size storage.

*klik logo Apple, About This Mac -> Storage

Storage Speed

- Restart atau Shut down & ON 

ATAU

Buka Software seperti Photoshop / Illustrator

Image result for macbook loading"

*sekiranya loading startup lebih dari 4-5 minit, storage tersebut sangat lambat/slow

OS Version

Image result for macbook os versions"

- Periksa sama ada OS yang digunakan up to date atau masih menggunakan OS Version yang lama.

*periksa Macbook support sehingga version OS apa supaya tidak akan berlaku sebarang kerosakkan kelak

Layari laman web everymac.com, masukkan serial number macbook -> klik lookup, periksa detail max OS support

RAM total

- Kenal pasti kapasiti maximum RAM

*klik About This Mac -> Memory 

ATAU

layari laman web everymac.commasukkan serial number macbook -> klik lookup, periksa detail RAM Macbook

Image result for macbook RAM TOTAL"

4. Port Connector

- Terdiri daripada CD Player, SD Card Reader, Audio Jack dan USB Port

CD Player

Image result for macbook CD PLAYER"

- Masukkan CD/DVD ke dalam CD Player dan kenal pasti sama ada CD detect / tidak detect / auto eject

*hanya boleh check pada macbook pro model non retina sahaja

SD Card Reader

Image result for macbook SD Card"

- Pastikan SD Card juga berada dalam keadaan baik dan berfungsi

Audio Jack

Image result for macbook audio jack"

- Cucuk earphone / headphone dan test agar ianya tidak rosak 

USB

Image result for macbook usb port"

- Connect / cucuk mouse (wire/wireless) bagi memastikan port detect mouse atau tidak.

5. System

Pemeriksaan system dibuat agar logicboard stabil dan dapat access Macbook dengan selamat.

( Graphic Stress Test, Firmware Lock, System Password )

Graphic Stress Test

- Download software Unigine Valley Benchmark 

*software ini bagi memastikan sama ada Graphic / GPU Macbook stabil ataupun tidak daripada masalah Auto shut down, Auto Restart, Screen Line, dll.

Buka software, pada bahagian Preset -> High 

Klik Run, apabila video telah mula

Klik Benchmark, hujung kiri atas dan biarkan ia run sehingga habis 

-> Result

**sekiranya Macbook padam / auto shut down semasa proses Benchmark, kemungkinan terdapat masalah padanya

Firmware Lock

- Firmware lock mampu mengesan dengan mudah dan hanya perlu restart dan klik button Option 

Patition = tiada masalah 
Logo key (kunci) = minta penjual untuk masukkan password dan disable firmware lock

System Password

- Minta penjual untuk hapuskan segala password yang ada agar bakal pembeli boleh menukar apa-apa setting yang menggunakan password.

6. Warranty

Bertujuan sekiranya pada masa akan datang kelak terdapat masalah dan masih boleh claim warranty.

Warranty Status

- Layari laman web https://checkcoverage.apple.com/my/en/ -> serial number Macbook

*Ianya akan terpapar disitu sama ada baki tempoh warranty atau sudah tamat tempoh

Bagaimana Membeli Macbook Terpakai


MACBOOK PRO A1278 '13 (LATE 2012)


- Macbook pro A1278
- Version 10.12 Sierra
- HDD 500
- RAM 4GB DDR 3
- Processor i5 2.5 GHZ
- Intel HD graphic 4000 1024 MB

*Condition seperti baru keluar kilang
*Magsafe diberikan
*Tiada calar atau kemek/dent pada bucu
*Laptop dijaga rapi bak kasih sayang terhadap bayi (baby)

Condition Used – like new
Brand APPLE

Check out Macbook Pro A1278 (LATE 2012)

Get it on Shopee now!


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang