OKCS - APA NAK BUAT SELEPAS MEMBELI BATERI LAPTOP YANG BARU

APA NAK BUAT BILA BELI BATERI LAPTOP BARU?

Artikel kali ini OKCS atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution nak berkongsi bersama anda tentang bateri lapto
Sebenarnya apa yang perlu kita buat ya selepas membeli bateri laptop yang baru? Adakah boleh terus guna atau bagaimana supaya bateri laptop lebih tahan lama. 


bila beli barang baru ni dia punya excited nak mencuba tu lain macam weyyy. tak ada nak tunggu cas kasi penuh dulu lah sembang je tu 

sampai je rumah terus try bateri baru laptop, elok atau tidak? baru nak guna bateri okay lagi 70%-90% teruskan guna

tapi kalau bateri tiba-tiba dah 20%, jangan bimbang! off (shutdown) laptop kemudian cas kasi penuh

nak tahu sama ada bateri laptop yang baru kita beli itu elok/bagus atau tidak ke kita kena tipu dengan seller? 

JANGAN MUDAH TERTIPU YA! DAH BANYAK CARA UNTUK MANUSIA YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB AMBIL KESEMPATAN PADA BUYER NI JADI TOLONG JANGAN AMBIL REMEH

Anda mesti pernah dengarkan sebelum guna perlu cas dahulu bateri laptop lebih kurang 8 jam atau ada mana-mana seller memberitahu hal tersebut pada anda?

Ada yang mempercayainya dan ada juga yang tidak. Ia terpulang pada anda, JANGAN BERHENTI DAN TERUS MEMBACA!




Bateri laptop sebagai alat bantuan kuasa untuk menghidupkan/ON laptop dimana sahaja anda berada tanpa memerlukan power adapter charger. 



Apa lah erti sebuah laptop apabila bateri rosak/tidak boleh digunakan lagi sehingga memerlukan bantuan power adapter untuk ON laptop. 

Terutamanya ketika menyiapkan tugasan di kafe akan menyebabkan kesukaran mencari tempat yang mempunyai plug untuk menyambungkan power adapter agar laptop dapat dihidupkan. 

Jadi apabila masalah seperti ini berlaku, terpaksa lah membeli bateri laptop yang baru agar dapat digunakan pada bila masa sahaja terutamanya dalam keadaan kecemasan perlu menghantar assignment. 

Akan tetapi, pernah tak anda terfikir bagaimana bateri laptop boleh rosak sedangkan baru sahaja dua tahun penggunaan laptop dan bagaimana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku pada anda tidak pada orang lain. 

Ini kerana bateri laptop juga memerlukan penjagaan yang betul agar dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

APA NAK BUAT SELEPAS MEMBELI BATERI LAPTOP YANG BARU?



Setiap kali membeli laptop baru atau bateri laptop yang baru, pastikan cas terlebih dahulu sekurangnya 8 jam sebagai penggunaan bateri untuk pertama kalinya. 

Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda TIDAK 0% ketika pertama kali anda ingin menggunakannya

Kemudian, TANPA ON laptop, cas bateri tersebut sehingga penuh. 

*Elakkan dari terlebih cas atau over charging kerana ia akan menyebabkan laptop anda panas sehingga boleh effect pada bateri laptop

Ingat, jangan sesekali ‘on’ laptop pada masa ini!

Selepas bateri sudah cas penuh, cabut adapter charger dari laptop dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis dalam 20%

*Jangan biarkan bateri 0% baru nak cas. make sure 20% dah boleh terus shutdown dan cas sehingga penuh.

(bukan apa, pernah terjadi pada customer kami di OK Computer Solution guna laptop sampai 0% (laptop mati sendiri) bila nak cas dan on laptop terus tak ada respon. rupanya laptop problem dah tak boleh nak on!)


NAMPAK MACAM MUDAH, KAN? TETAPI TIDAK RAMAI YANG ADA MASA UNTUK LAKUKANNYA. Biasa lah, sudah dapat barang baru lupa apa yang perlu dan patut. 


HAPUSKAN TABIAT ANDA INI DAN BERHENTI DARI MELAKUKANNYA LAGI 




1. Elakkan dari cas laptop sehingga overcharging kerana boleh mengurangkan kualiti bateri sehingga boleh merosakkan part lain laptop.




2. Tutup suis segera atau terus cabut charger apabila indicator dah menunjukkan fullycharged.

3. Ketika laptop sedang bersambung dengan power adapter, jangan cabut bateri laptop secara mengejut atau tiba-tiba tanpa mematikan suis.

*Jangan cabut bateri atau cabut charger sesuka hati! ketika laptop dah shutdown baru boleh cabut. 
(dalam keadaan shutdown yaa.. bukan sleep mode/hibernate)

4. Jangan guna laptop atas permukaan fabrik seperti tilam, selimut, bantal dan sebagainya kerana ia akan menghalang air flow laptop sehingga menyebabkan laptop overheating.

5. Elakkan dari cas bateri terlalu kerap kerana ia dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

6. Elakkan dari persekitaran suhu yang panas kerana laptop atau bateri laptop sangat sensitif.




Jadi sebagai pengguna yang bijak anda haruslah menitikberatkan tentang keadaan bateri laptop supaya ia mampu bertahan dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama. 

Jika menggunakan power adapter atau charger adalah lebih baik bateri dicabutkan (bagi yang boleh / external battery) dan apabila menggunakan bateri laptop adalah lebih baik untuk mencabut power adapter atau charger. 

Tambahan pula, ketika ingin mengecas laptop atau bateri laptop ianya lebih baik laptop dimatikan atau di OFF kan.

Bateri laptop rosak? 

Leceh gunakan laptop tanpa bateri? 

Tak mahu hanya bergantung pada charger/pengecas laptop?

Sukar menggunakan laptop tanpa bateri ketika di tempat awam?


Kami di OK Computer Solution OKCS sedia membantu anda! Kami juga ada account shopee! 

Shopee account : https://shopee.com.my/okcspj

________________________________________________________________________________________________________



https://www.okcomputersolution.net/2020/09/okcs-cara-mengenalpasti-model-bateri.html

Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.

Lokasi OKCS Damansara Perdana:



  • 5 minit dari Empire Damansara
  • 7 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 20 minit dari Kepong
  • 25 minit dari Sungai Buloh
  • 35 minit dari Subang


OKCS - CARA MENGENALPASTI MODEL BATERI LAPTOP ANDA

 Selamat sejahtera ! 

Artikel kali ini OK Computer Solution (OKCS) ingin berkongsi pada anda bagaimana / cara mengenal pasti model bateri laptop anda.

Bukan hanya tertumpu pada bateri sahaja, bahkan boleh juga digunakan untuk kegunaan lain. 

Sehingga kini masih ramai yang tertanya-tanya dan tidak tahu bagaimana / cara mengenalpasti model bateri laptop. 

Setiap kali ingin membeli bateri, charger atau part lainnya pasti akan ada seller yang bertanya "model laptop/macbook cik apa ya? boleh berikan saya model penuh laptop/macbook?"

Ya! Model laptop. 

dari model penuh laptop anda, kami dapat mengenalpasti dengan lebih tepat dan mudah setiap spefikasi dalam sesebuah laptop. Oleh itu jika ada keraguan dan ketidakpastian ketika ingin membeli barangan/part secara online, anda boleh terus memberikan model penuh laptop pada seller tersebut.

Ada sebahagian dari anda beranggapan semua model laptop adalah sama dan yang membezakannya adalah dari segi saiz. Akan tetapi ada juga yang tidak pernah tahu model laptop mereka kerana hanya mengetahui jenama laptop. 

Pada setiap jenama laptop pastinya akan ada model laptop yang berbeza dari segi saiz, jenis dan harga sebagai contoh;


Jenama: Acer

Model laptop: Acer One 14 / Z1402-31ZJ

Spefikasi: bateri dalam (internal battery)


Cara mudah kenali model laptop anda !

Walaupun fungsi laptop adalah sama, model laptop tetap berbeza mengikut saiz dan keistimewaannya tersendiri begitu juga sticker model laptop yang juga diletakkan pada tempat yang berlainan. 

Kenali model laptop anda seperti dibawah; (bottom laptop)

Laptop Acer

Laptop Asus


Laptop Sony

Laptop Toshiba

Selain itu, sticker model penuh laptop yang diletakkan pada bahagian kawasan keyboard;

Laptop Acer

Laptop Dell

Seterusnya ada sebahagian laptop, model penuh terletak pada sebelah bawah bateri atau mudahnya anda perlu cabut bateri laptop.

Laptop HP mini

Model penuh Laptop HP mini






Video : Cara Mengenali Model Laptop Anda


Setelah mengetahui model penuh laptop anda, tidak perlu bimbang lagi sekiranya mahu membeli bateri / pengecas / keyboard / part laptop secara online kerana anda hanya perlu memberikan model penuh laptop pada seller dan mereka akan segera membantu anda! 

Musim covid-19, ramai diantara kita yang tetap pendirian mengikut S.O.P dengan harapan virus yang dibenci itu akan berlalu pergi

tetapi ia tidak begitu mudah seperti yang dijangkakan. 

Oleh yang demikian, kita sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan prihatin haruslah sama-sama memainkan peranan ya! 

Bateri laptop rosak? 

Leceh gunakan laptop tanpa bateri? 

Tak mahu hanya bergantung pada charger/pengecas laptop?

Sukar menggunakan laptop tanpa bateri ketika di tempat awam?


Kami di OK Computer Solution OKCS sedia membantu anda! Kami juga ada account shopee! 

Shopee account : https://shopee.com.my/okcspj

________________________________________________________________________________________________________



Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.

Lokasi OKCS Damansara Perdana:



  • 5 minit dari Empire Damansara
  • 7 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 20 minit dari Kepong
  • 25 minit dari Sungai Buloh
  • 35 minit dari Subang



[OKCS] PEMENANG CABARAN MENANGI MACBOOK PRO | OK COMPUTER SOLUTION

Selamat Sejahtera! 

Seperti yang anda semua ketahui, setiap tahun kami di OK Computer Solution Petaling Jaya akan adakan satu content atau cabaran menangi hadiah misteri! 

Pada tahun 2019 kami telah mengadakan satu Cabaran Menangi Macbook Pro A1278 2012



Siapa yang taknak dengan Macbook Free, bukan? 

Walaupun Cabaran Menangi Macbook Pro A1278 2012 sangat mudah akan tetapi kami pihak OK Computer Solution menghadapi kesukaran ketika mencari pemenang. 

Ia kerana terlalu banyak dan ramai yang hebat-hebat ketika menyahut cabaran dari kami. 

Tambahan pula kami juga menghadapi kesukaran ketika mahu menghubungi pemenang walaupun sudah mesej pemenang berulang kali di Google.

Oleh itu, kami di OK Computer Solution Petaling Jaya akan perbaiki kesilapan kami dengan memberi peluang pada ramai lagi peserta untuk menyertai Cabaran Menangi Hadiah Misteri OKCS

**selepas ini cabaran menangi hadiah misteri akan dibuat di FaceBook OK Computer Solution @okcomputersolution**

Cabaran Menangi Macbook Pro A1278 2012



Macbook Pro A1278 2012 / Macbook Pro Core i5 13-inch

  • Brand: Apple
  • Model: Macbook Pro A1278 
  • Processor: 2.5 GHz Intel Core i5
  • RAM: 4GB DDR3 3GB upgradable to 8GB
  • Graphic: Intel HD Graphics 4000
  • Screen Size: 13.3-inch diagonal LED-backlit HD anti-glare (1366 x 768 resolution)





Setelah membuat pencarian dengan teliti akhirnya Pemenang Cabaran Menangi Macbook Pro A1278 2012 adalah;

Nama: Cik Rahimah



Tahniah! Kepada Pemenang Cabaran Menangi Macbook Pro A1278 



Kepada anda yang terlepas atau tidak berpeluang untuk menangi cabaran hadiah misteri kali ini, jangan bimbang! 

Bulan ini anda juga boleh sertai Cabaran Menangi Laptop Dell Latitude 3330 untuk tahun 2020 !! 

Caranya begitu mudah boleh terus klik  LINK ini segera. 





Siapa sangka dengan hanya meluangkan masa 2 minit sahaja anda berpeluang memenangi Laptop Dell Latitude 3330 secara PERCUMA !!! 

APA TUNGGU LAGI?
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!


**Sila ke Website Rasmi OK Computer Solution dengan ⤵



**Ianya hanya terbuka untuk pelanggan OK Computer Solution^^





SEMOGA BERJAYAAAAA !!!


[SOLVED] CHARGING PORT/DC JACK SONY VAIO | REPAIR LAPTOP KEPONG

Kedai Repair Laptop Kepong menyelesaikan masalah Charging Port/DC Jack Sony Vaio Longgar (Loose)

Artikel membincangkan tentang menyelesaikan masalah Charging Port/DC Jack Sony Vaio Longgar (Loose). Salah seorang regular customer kami dari Kedai Repair Laptop Kepong atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution telah datang bersama Laptop Sony Vaio miliknya.



Keadaan DC Jack bersama motherboard


Cheng Weng Sam, pemilik Laptop Sony Vaio PCG-81211W terus meluahkan pada kami keadaan Charging Port/Dc Jack bermasalah kerana setiap kali mahu mencucuk charger beliau terpaksa meng-adjust. 
(keadaan tersebut menyebabkan laptop tidak di-charge langsung selepas beliau tinggal sementara dalam 1-2jam)

Pelanggan OK Computer Solution

Tambahan pula, ada satu ketika Cheng Weng Sam sedang menyiapkan tugasan sambil charging tiba-tiba laptop terpadam sendiri yang mana ia dipercayai berpunca dari Charging Port/DC Jack Sony Vaio Longgar (Loose).

Jadi, ia telah menyebabkan Cheng Weng Sam terganggu akan masalah tersebut. Tanpa membuang masa beliau segera melayari internet mencari kedai repair laptop yang berdekatan di kawasan perumahannya bagi membantu menyelesaikan masalah Charging Port/DC Jack Sony Vaio Longgar (Loose).

Kedai Repair Laptop Kepong atau lebih di kenali sebagai OK Computer Solution adalah pilihan tepat beliau kerana ia terletak tidak jauh dari tempat tinggalnya. 

Selain itu, 

Apa yang lebih meyakinkan lagi adalah OK Computer Solution sudah ada banyak pilihan cawangan diseluruh Malaysia.


  • OK Computer Solution Petaling Jaya
  • OK Computer Solution Pulau Pinang
  • OK Computer Solution Kuala Lumpur 
  • OK Computer Solution Melaka
  • OK Computer Solution Seri Iskandar
  • OK Computer Solution Taiping
  • OK Computer Solution Johor Bahru
  • OK Computer Solution Seri Kembangan
  • OK Computer Solution Shah Alam
  • OK Computer Solution Bangi
  • OK Computer Solution Setapak
  • OK Computer Solution Nilai

**OK Computer Solution telah beroperasi sejak dari tahun 2009 di Damansara Perdana, Petaling Jaya dan sudah banyak testimoni terbaik mereka di google mahupun facebook yang mana ia menambahkan lagi keyakinan & kepercayaan Cheng Weng Sam untuk memilih Kedai Repair Laptop Kepong sebagai pilihannya.





**OK Computer Solution adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan komputer riba (laptop/desktop/iMac/Macbook) terhebat!

Setelah mendengar luahan Cheng Weng Sam akan masalah Charging Port/DC Jack Sony Vaio Longgar (Loose), technician segera menguji/diagnose Laptop Sony Vaio PCG-81211W tersebut sehingga di dapati bahawa puncanya adalah DC Jack yang sudah rosak/patah/longgar yang menyebabkan charging kadang-kadang masuk kadang-kadang tidak. 

Charging Port/DC Jack ialah komponen yang menjadi pengantaraan diantara charger laptop dengan motherboard. Ianya merupakan port penting yang sering digunakan untuk mengecas laptop. 

Charging Port/DC Jack Lama

Sekiranya terdapat masalah pada Charging Port/DC Jack, sudah tentu akan mendatangkan masalah besar pada laptop (masalah serius) iaitu laptop tidak boleh dihidupkan kecuali terdapat saki baki kuasa pada bateri.

Antara punca kerosakan Charging Port/DC Jack:
  • Jangka hayat komponen. (Laptop yang sudah berusia/lama akan mengalami masalah DC Jack)
  • Kerap mencucuk charger ke Port Charging/DC Jack dengan kasar
  • Komponen sudah terjejas awal sejak dari kilang lagi
Antara kerosakan awal (tanda-tanda awal kerosakan Charging Port/DC Jack):
  • Ketika sedang mengecas, kadang-kadang plug in charging dan kadang-kadang tidak
  • Charging Port/DC Jack longgar (tarik sedikit pun charger dah boleh tercabut)
  • Charging Port/DC Jack bergoyang
Kebiasaannya, Port Charging/DC Jack perlu digantikan dengan yang baru.
**Yang lama akan dicabut dari litar menggunakan peralatan khas technician.

Proses Repairing Charging Port/DC Jack 

Proses Repairing Charging Port/DC Jack 


Kemudian, Port Charging/DC Jack baru akan dipasang lalu technician kami di Kedai Repair Laptop Kepong memastikan pelanggan dapat menggunakan laptop tanpa masalah Port Charging/DC Jack lagi dalam tempoh masa yang agak lama.

Charging Port/DC Jack Baru


Oleh yang demikian, technician mencadangkan pada pelanggan untuk segera menukar Port Charging/DC Jack yang baru supaya Cheng Weng Sam dapat menggunakan Laptop miliknya tanpa masalah yang berkaitan Port Charging/DC Jack lagi. 

Dengan persetujuan pelanggan kami, Cheng Weng Sam proceed untuk menggantikan/menukarkan Charging Port/DC Jack Sony Vaio Longgar (Loose) dengan yang baru agar beliau dapat menggunakan Laptop dalam keadaan tenang dan tidak perlu risau lagi ketika mahu mengecas Laptop.

Kami di Kedai Repair Laptop Kepong terus memasukkan details Cheng Weng Sam ke dalam sistem dan segera memaklumkan pada technician untuk mengambil stok Charging Port/DC Jack Laptop Sony Vaio PCG-81211W.

Stok Charging Port/DC Jack untuk Laptop Sony Vaio PCG-81211W sudah ada dan technician terus lakukan penggantian/penukaran Charging Port/DC Jack yang baru. Selepas itu, seperti biasa mengujian telah dilakukan sehinggalah masalah Charging Port/DC Jack Sony Vaio Longgar (Loose) tidak berlaku lagi. 

Keadaan Charging Port/DC Jack yang bermasalah

Charging Port/DC Jack yang sudah longgar

 Selepas tukar Charging Port/DC Jack

Charging Port/DC Jack lama dan baru


Cheng Weng Sam sangat gembira dan berterima kasih pada pihak kami di Kedai Repair Laptop Kepong kerana berjaya membantu menyelesaikan masalah Laptop Sony Vaio miliknya itu walaupun perlu menunggu 3-4 hari. 

Pelanggan, Cheng Weng Sam


Apabila pelanggan gembira dan berpuas hati, apatah lagi kami di Kedai Repair Laptop Kepong juga gembira atas perkhidmatan yang telah kami berikan pada Cheng Weng Sam. 

________________________________________________________________________________________________________



Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.

Lokasi OKCS Damansara Perdana:



  • 5 minit dari Empire Damansara
  • 7 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 20 minit dari Kepong
  • 25 minit dari Sungai Buloh
  • 35 minit dari Subang



OKCS - GUNAKAN SERVIS RUNNER UNTUK PENGHANTARAN LAPTOP ANDA!

Ok Computer Solution Seri Iskandar - Home | Facebook


Selamat sejahtera!

Walaupun PKP fasa 4 dilonggarkan, kita sebagai rakyat masih tetap harus mengikut SOP yang telah ditetapkan di Malaysia.

Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Movement Control Order (MCO), kami di OK Computer Solution ingin membantu anda. 

Bagi mencegah penularan wabak Covid-19, penjarakan sosial adalah sangat penting dengan menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dan elakkan berkomunikasi ketika anda terpaksa keluar atas urusan penting / membeli barang keperluan.

Ianya tidak lah begitu mudah untuk dilakukan sehingga ramai di antara kita lebih memilih untuk duduk di rumah demi kesihatan diri mahupun keluarga dengan mengharapkan perkhidmatan foodpanda, bungkusit dan sebagainya.

PKP fasa 4 dilonggarkan dan banyak juga kedai / syarikat  sudah beroperasi seperti biasa akan tetapi masih ada di antara kita yang tidak dapat ke pejabat atas sebab anak-anak tiada pengasuh (taska tidak diberikan kebenaran untuk beroperasi) dan lain-lain.

Jadi apabila terpaksa work from home dalam tempoh PKP, keadaan tidak akan kelihatan sama seperti biasanya. 

*Ada di antara kita perlu membiasakan diri work from home dan akibat terlalu fokus dengan tugasan kerja berlakunya kerosakan pada laptop / macbook tanpa disedari.

Artikel sebelum ini saya ada bincangkan tentang Penggunaan Laptop Dalam Tempoh PKP / MCO Dapat mencegah wabak Covid-19 dan beberapa tips atau cara Penjagaan Laptop Yang Perlu Anda Tahu Semasa PKP. 

------------------------------------------------------------------------------------




Kembali pada tajuk, saya ingin membantu anda menggunakan perkhidmatan dari 2 aplikasi yang sememangnya sangat berguna dan dipercayai. 

Sekiranya laptop / macbook / iMac / desktop anda bermasalah sehingga menyebabkan terpaksa tangguh dari buat tugasan kerja tetapi anda tidak dapat keluar untuk ke kedai kami, jangan bimbang! 

Grab Delivery & Lalamove boleh bantu. 

Dibawah saya nyatakan cara-cara untuk anda gunakan Grab Delivery & Lalamove ini ya..


Grab Delivery








Lalamove Delivery







------------------------------------------------------------------------------------


Antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum book runner untuk delivery laptop ke 
OK Computer Solution

Langkah 1: 

Sebelum anda packing laptop, pastikan tiada charger dan battery (bagi laptop yang boleh dicabut battery)

*kami tidak memerlukan charger dan battery ya



Langkah 2: 

Sediakan kotak kosong. Pastikan kotak tersebut muat untuk laptop anda. 



Langkah 3:

Pastikan anda meletakkan pengalas pada tapak kotak bagi mengelakkan ruang-ruang kosong sehingga boleh menyebabkan laptop anda retak / pecah dan sebagainya. 

*gunakan surat khabar lama atau apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai



Langkah 4:

Pastikan laptop anda dibalut dengan baik. Terpulang pada anda untuk membalutnya dengan apa cara sekalipun.

Kami sarankan untuk anda menggunakan bubble wrap packing. 

*(kalau tak balut pun tak mengapa asalkan kotak yang digunakan mestilah padat dan letak baik-baik laptop anda)







Langkah 5:

Sama seperti langkah 3, pastikan anda meletakkan pengalas pada bahagian atas laptop. 

(supaya dalam kotak menjadi padat)

Kemudian, selotip kotak tersebut dengan kemas, cermat dan selamat. 




PERINGATAN !!!

1) Sebelum book runner untuk delivery, pastikan anda sudah sediakan laptop dengan sempurna. 

2) Sertakan sehelai kertas atau sticky note bersama ketika sedang packing laptop anda.

3) Tiada charger & battery


Grab Delivery



Lalamove





Note : Berikut hanya lah langkah-langkah yang kami cadangkan sahaja, sekiranya anda ada cara tersendiri untuk packing pun tidak mengapa 

cuma anda perlu memastikan ia selamat dan tidak perlukan charger & battery. 

------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?



@ sparepart / secondhand laptop: https://wa.me/01157856448

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger
  • Hotline 
= 0377316761


Lokasi OKCS Damansara Perdana:



  • 5 minit dari Empire Damansara
  • 7 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 20 minit dari Kepong
  • 25 minit dari Sungai Buloh
  • 35 minit dari Subang