
Artikel sebelum, saya ada tulis satu blog tentang " Air tertumpah pada laptop apa yang perlu buat "
Ramai juga yang hadapi masalah laptop tertumpah air sampai saya sendiri pun tak menyangka viewer sudah hampir 1k kurang dari 7 bulan.
Bila cakap pasal laptop tak boleh on selepas masuk air atau tertumpah air, sebenarnya ia bergantung nasib juga.
Saya percaya, ramai yang akan panik bila laptop masuk air atau tertumpah air dan apabila perkara itu berlaku mereka terus cuba untuk on laptop, betul?

Laptop masuk air atau tertumpah air, akan berisiko untuk rosak terutamanya peranti/komponen yang ada pada sesebuah laptop.
Antaranya:
⚠ Keyboard
⚠ Battery
⚠ Hard Disk
⚠ Motherboard
Kerosakkan yang berlaku pada laptop:
💥 Berlaku konsletting elektrik
➡ Berpunca daripada bahan cecair yang mengalir ke arus elektrik
💥 Ada kakisan atau karatan pada komponen laptop
💥 Berlaku letupan kecil pada power supply
➡ Menyebabkan komponen terbakar/hangus
💥 Laptop tak boleh on/dihidupkan
➡ Akibat dari renjatan elektrik (short circuit)
______________________________________________________________
Apa nak buat laptop masuk air atau tertumpah air:
#⃣1. Cabut semua wayar/cable yang bersambung dengan laptop

#⃣2. Terbalik kan laptop seperti dalam gambar kat bawah ni

#⃣3. Lap air yang masih tersisa menggunakan kain bersih yang serap air

#⃣4. Ada sesetengah laptop yang keyboard nya water resistant

#⃣5. Cabut battery

#⃣6 Lap mana bahagian yang kecil-kecil

#⃣7 Cabut compartment dalaman. Buka dan biarkan ianya kering secara natural jangan pakai hair dryer!

#⃣8 Kalau yakin dah kering. Pasang semula

#⃣9. On semula laptop untuk lihat sama ada ianya berfungsi atau tidak.

____________________________________________________________
Ada banyak sebab atau kerosakkan yang akan berlaku bila berlaku masalah laptop masuk air atau tertumpah air ni.
Antaranya laptop masuk air tak boleh on.
5 Sebab laptop masuk air tak boleh On:
1⃣ DC JACK
👉🏽 DC Jack adalah satu port yang menghubungkan charger dengan motherboard
👉🏽 DC Jack akan rosak secara tak menentu
*Bergantung pada cara penggunaan individu yang menyambungkan charger ke laptop melalui DC Jack (cucuk charger ke laptop dengan kasar dan agresif)
👉🏽 DC Jack merupakan komponen pertama pada motherboard yang perlu diperiksa
2⃣ POWER BUTTON
👉🏽 Power button juga adalah punca yang kerap menyebabkan laptop masuk air tak boleh on
*Sama seperti keyboard, kalau tekan terlalu kasar dengan kerap, power button akan rosak dengan lebih cepat
3⃣ BIOS
👉🏽 Pada komponen yang saya tandakan dengan pen biru, itu adalah cip BIOS.
*Cip BIOS akan ditanggalkan kemudian diprogram semula oleh technician
4⃣ PROCESSOR
👉🏽 Processor juga punca laptop masuk air tak boleh on
*Ada sesetengah laptop gunakan processor yang boleh dicabut dari soket
*Ada sesetengah processor yang tak boleh dicabut sebab telah dicantumkan pada motherboard
5⃣ MOTHERBOARD
👉🏽 Punca yang kerap berlaku akibat laptop masuk air tak boleh on atau water damage
#⃣ Saya nasihatkan supaya anda sentiasa menjaga dan memastikan laptop yang digunakan berada dalam keadaan baik
#⃣ Servislah laptop setiap 6 bulan atau 1 tahun sekali bagi memastikan kerosakkan teruk dapat dielakkan
____________________________________________________________
Saya pernah terima satu kes laptop lenovo thinkpad tak boleh on akibat dari muntah orang dewasa.
Masalah ini sama lah dengan masalah laptop masuk air tak boleh on.
Pemilik laptop tersebut bagitahu selepas kejadian tersebut, muntah sempat dibersihkan sebelum hantar baiki.
Bila technician saya cuba diagnos / check masalah laptop masuk air tak boleh on akibat dari muntah, kesan muntah sudah mengalir banyak ke motherboard.
*lihat gambar dibawah
Oleh itu, technician saya segera bagitahu pada pemilik laptop lenovo thinkpad bahawa akibat dari muntah telah menyebabkan motherboard rosak.
Jadi, pemilik laptop minta technician saya untuk keluarkan hard disk dari laptop kerana beliau pun ada laptop backup.
(hard disk masih dalam keadaan baik)
Selepas itu, pemilik laptop lenovo terus datang pickup laptop dan team saya turut beri nasihat dan tips sekiranya perkara tersebut berlaku lagi tanpa di duga.
_____________________________________________________________